Wednesday, March 26, 2008

CALON MELAYU BN JUGA PATUT DIHUKUM

TAN Sri Dr. Koh Tsu Koon yang meninggalkan kerusi DUN di sebelah Pulau Pinang untuk merebut kerusi Parilem di sebelah Seberang Perai seperti meragui sikap mengundi orang Melayu.
Dalam satu siding media dimintanya pengundi supaya jangan menghukum calon bukan Melayu Barisan Nasional.
Sepanjang pengamatan berpolitik orang Melayu selepas diperkenalkan pilihan raya orang Melayu tidak pernah mengenal perbezaan antara calon Melayu dan bukan Melayu baik semasa Perikatan mahu pun setelah menjadi BN. Sebaliknya tidak berani mana-mana orang UMNO menjadi calon BN di kawasan pengundi bukan Melayu.
Rata-rata calon bukan Melayu BN berebut-rebut hendakkan kawasan pengundi Melayu.
Koh Tsu Koon memilih kawasan sebelah Seberang Perai itu pun dipercaya mahukan sokongan pengundi Melayu itu.
Gerangan apa dia mengiatkan penundi jangan menghukum calon bukan Melayu BN? Adakah dia sudah tidak yakin lagi kepada orang Melayu, yang mungkin mulai bosan dengan BN khususnya di Pulau Pinang, kerana telah diperkuda BN negeri itu sejak Gerakan menyertai BN awal 70an?
Dengan imej rasuah, pentadbiran kewangan yang tidak berhemah, memupuk kroni, menuju arah wasrisan kekeluargaan, harga barang yang tidak terkewal, jenayah yang tidak terbendung, keruntuhan akhlak dan penularan penyakit sosial, hakisan amalan demokrasi dan kedaulatan rakyat yang semakin pudar, maka bukan sekadar calon bukan Melayu BN wajar dihukum, calon Melayunya ssendiri pun perlu dihukum.
UMNO sudah menjadi parti kayu reput yang berulat, dipenuhi oleh orang yang mencari kekayaan dan kepentingan diri yang sebanyak-banyaknya, BN menjadi ikan busuk menjadikan kerajaan menghukum dan menghidap darah rakyat bagi mengkayakan keluarga pemimpin-pmimpinnya. Tiada cara UMNO dan komponennya dapat dibersihkan tanpa menghukum kumpulan parti itu.
Jika BN dibiarkan berkuasa lagi, bukan saja pemimpinnya menjadikan negara seperti lembu gemuk dulunya dihisap darah hingga menjadi kurus kering, tetapi boleh menjadikan lembu itu bercerai kulit dengan tulang.
Tiada cara bagi UMNO itu dibaiki dan BN itu dibersihkan, melainkan dengan menghukum calon-calonnya – Melayu dan bukan Melayu.
Tentang Gerakan sendiri khususnya, sebelum ia berkuasa melalui BN, masih ada tanah dan harta orang Melayu di Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai. Meski pun pentadbiran Negeri Selat di Pulau Pinang pada zaman penjajah dulu tidak bercorak pro Melayu, tapi ada juga berbaki harta orang Melayu semasa kemerdekaan dicapai.
Kerajaan Perikatan di bawah Ketua Menteri MCA Wong Pow Nee tidak mengambil berat kepentingan Melayu sebagaimana yang dihendaki oleh semangat UMNO, tetapi selama berketua-menterikan Dr. Lim Chong Eu dan setiausha politiknya ialah Dr. Koh Tsu Koon harta orang Melayu boleh dikatakan licin, yang masih kekal ialah tanah kubur. Tanah wakaf Islam pun terhimpit.
Kawasan Pulau Pinang itu sendiri sebelum Gerakan berkuasa, keadaannya kira-kira seperti Singapura sebelum Lee Kuan Yew berkuasa. Sebagai mana Melayu Singapura itu jadi sesjarah saja di bawah Lee Kuan Yew, maka pulau di bawah Lim Chong Eu dan setiahsaha politiknya adalah Dr. Koh Tsu Koon ntidaklah banyak beza dengan Singapura. Seberang Perai pun tidaklah banyak yang dapat dibanggakan oleh orang Melayu khususnya UMNO.
Dr. Lim Chong Eu tidak mengambil Timbalan Ketua Menteri UMNO dari orang yang tajam perhatian politiknya tetapi memilih UMNO veteran yang sudah warga emas, Datuk Ahmad Badawi.
Masa mudanya memanglah dia kritikal dan lantang. Sesiapa pun yang jadi warga emas, tidaklah sukar untuk diurus.
Ia memberi laluan mudah kepada pimpinan Gerakan untuk memperkuda orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional. Kalau Prof. Dr. Syed Husein Al-Atas yang menjadi Presiden pengasas Gerakan boleh dimasukkan Chong Eu ke dalam poketnya, maka tidaklah apa-apa masalah untuk memperkudakan UMNO apa lagi ketua kanannya dalam kerajaan seorang warga emas.
Sejak lebih 20 tahun lalu orang Melayu banyak membangkitkan tentang hakisan orangMelayu dan hartanya di Pulau Pinang, malah ia disalak begitu rupa orang UMNO, tetapi tiadalah apa yang dapat dibuat untuk membela nasib dan kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang termasuklah Seberng Perai.
Politik Gerakan yangdililndungi oleh Barisan Nasional itu adalah mengecewakan orang Melayu. Kalau Nor Muhamad Yaakub, Menteri Kewangan Kedua itu boleh dikira ssebagai orang Melayu, dia sendiri tidak berani menjadi calon di mana-mana di bahagian Pulau Pinang. Dia ditumpangkan di Tasik Gelugor.
Itulah yang membayangkan nasib orang Melayu di bawah politik Gerakan yang kini diwarisi oleh Koh Tsu Koon.
Kalau orang Melayu bosan dengan calon BN khususnya dari Gerakan, ia bukan kerana perkauman, kerana Melayu jarang gagal mengundi calon bukan Melayu BN sebelum ini, tetapi adalah gara-gara politik Gerakan yang dilindungi oleh BN.
Maka yang perlu dihukum sekarang ialah semua calon BN, Melayu dan bukan Melayu.
Calon aternatif pun terdiri dari semua – Melayu dan bukan Melayu.

ADA SOKONG MEMBAWA REBAH

SEKALIPUN BN tidak dapat majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi ia masih mempunyai majoriti yang besar. Sepatutnya tiada apa yang boleh menggugat kuasanya dan ia tetap boleh mewujudkan sebuah pemerintahan yang stabil dengan majoriti yang ada itu.
Tetapi suasana nampak gawat bagi parti pemerintah itu. Dari parti induknya BN hingga kepada anggota parti kerabatnya dari UMNO, MCA, MIC dan lain-lain semuanya bercempera dengan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu.
Gerakan punya sebab jika ia sesak nafas. Ia bukan sekadar hilang pengkalan kerana kekalahan kesemua kerusi di Pulau Pinang, ia jadi parti yang sudah habis masa depan dan tiada peluang untuk pulih semula. Anggota-anggotanya terpaksa memikirkan menyertai parti lain seperti MCA.
Begitu juga PPP yang hanya hidup kerana hendak membanyakkan bilangan parti yang bergabung dalam BN. Tetapi ia tiada peranan yang penting.
MIC mungkin boleh dipulihkan jika Subramaniam datang menggantikan Samy Vellu. Tetapi bergantung juga pada keupayaan DAP dan PKR dapat atau tidak memberi ruang politik yang lebih selesa kepada kaum India.
Setakat ini masyarakat India dapat lebih banyak perwakilan dari dua buah parti itu dibandingkan dengan apa yang ia pernah dapati dari MIC. Kaum India tidak pernah dapat wakil rakyat sebanyak sekarang. DAP dan PKR telah memberi peluang kepadanya jadi Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Menteri Besar, sedang ia tidak pernah dimimpikan semasa jadi penyokong setia BN dulu.
Jika peluang ini terjamin, maka harapan memulihkan MIC tidak dapat ditentukan dalam masa yang terdekat.
Manakala harapan MCA pula bergantung pada jaya atau tidaknya muafakat parti pembangkang yang menubuhkan empat kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor itu. Kiranya muafakat itu berjaya, MCA akan berada dalam keadaan yang sukar.
Tetapi masih pekat dengan UMNO. Kiranya keadaan yang ada ini dapat dipertahankan, dan Perdana Menteri dapat belajar dari mesej yang diberi pengundi melalui pilihan raya lalu, nescaya tiada sebab ia tidak boleh mewujudkan kerajaan yang stabil.
Kerajaan yang ada sekarang masih disokong oleh majoriti yang besar walaupun ia tidak dapat majoriti dua pertiga. Jika sekalian yang mengaku setia itu benar-benar menyokong Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, tiada sebab kerajaan goyang.
Dengan majoriti itu ia boleh buat bermacam-macam kecuali meminda perlembagaan dan membuat undang-undang baru saja. Kerajaan Amerika, kerajaan Jerman, Perancis dan Britain yang berfungnsi sekarang tidak ditegakkan dengan majoriti dua pertiga. Masing-masing ada memiliki majoriti yang sederhana dan kadang-kadang majoriti yang kecil saja.
Masing-masing dapat mewujudkan kerajaan yang kuat. Kekuatan kerajaan barat itu bukan kerana majoriti dua pertiganya, tetapi kerana wujudnya kedaulatan rakyat sebagai bangsa yang berintegriti.
Kerajaan BN yang terbaru ini sebenarnya kuat, tetapi yang menjadi masalah ialah ia tidak punya pimpinan yang kuat. Sama ada masing-masing menyatakan sokongan atau tidak kepada pimpinan, pimpinan yang kuat mampu meyakinkan orang ramai ia boleh memimpin dan mewujudkan kerajaan yang kuat dengan majoriti yang ada itu.
Memadai dengan mandat yang ada itu ketua parti yang berkuasa bertindak cepat menubuhkan kerajaan, menyambung kerajaan yang lalu, meneruskan pemerintahan dan pentadbiran seperti biasa.
Tidak perlu Perdana Menteri mahu menunjukkan sikap apolojetik kerana tidak dapat majoriti dua pertiga, dan tidak perlu dihujani dengan terlalu banyak kenyataan menyokong dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dari mana-mana pihak.
Sebuah kerajaan yang kuat dan satu pimpinan yang berintegriti, tidak memerlukan banyak pernyataan sokongan dari orang ramai. Memadai satu sokongan dari golongan pucuk pimpinan bersetuju dengan Perdana Menteri menyambung pimpinannya, maka Perdana Menteri boleh mengadap Yang Dipesrtuan Agong untuk menubuhkan kerajaan diikuti dengan pembentukan kerajaan baru.
Maka ambillah masa dua tiga hari untuk mengumumkan nama jemaah menteri yang baru.
Itulah yang sepatutnya dibuat.
Apa yang berlaku Perdana Menteri dilihat seperti seorang yang terkejut dengan ketiadaan majoriti dua pertiga itu, terkejut dengan kegagalan mengambil alih kerajaan Kelantan yang jadi inti perjuangan sejak tahun 2004, dan terkejut dengan kekalahan di empat buah negeri lagi iaitu di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Perdana Menteri menunggu dulu sebanyak-banyak pernyataan sokongan padu tak berbelah bagi dari semua pihak, hingga pasukan silat pun tampil menyatakan sokongan tak berbelah baginya.
Tidak cukup dengan semua lapisan UMNO dari Timbalan Presiden hingga ke ketua-ketua cawangan bangun untuk menyatakan sokongan padu. Penuh muka surat khabar dan TV berita semua orang memberi sokongan kepada Perdana Menteri untuk menjadi Perdana Menteri lagi.
Apa perlunya pernyataan sokongan yang melimpah ruah itu?
Dan bukan mustahil apabila Parlimen bersidang penggal baru ini ada yang membawa usul memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Pernah Dewan Rakyat meluluskan usul seperti itu apabila Tun Hussein Onn mula menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Biasa Parlimen bersidang membincang untuk tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Tetapi Dewan Rakyat pernah bersidang membincangkan undi kepercayaan kepada Perdana Menteri.
Mengapa?
Tidakkah itu mencemininkan adanya gambaran kurang yakin setengah orang terhadap integriti Perdana Menteri itu.
Amat dibimbangi yang mengemukakan undi kepercayaan itu dari gejala yang kurang kepercayaan kepada integritinya dan usul sokongan itu adalah satu gambaran di sebalik sokong membawa rebah.
Perdana Menteri mengambil masa 10 hari untuk membentang kabinet baru. Mengambil masa hampir 10 hari untuk menyerahkan watikah menyetujui Shahidan Kassim untuk menjadi Menteri Besar Perlis semula dan mengambil masa yang sama panjang untuk menamakan Idris Jusoh menjadi Menteri Besar sekali lagi di Terengganu.
Macam-macam timbul dalam masa yang singat tetapi panjang itu. Sempak Ong Ka Ting berfikir tidak mahu kekal dalam kabinet. Sempat orang itu begitu dan orang ini begini.
Dalam suasana itu tiba-tiba sempat Mukhriz menulis surat meminta supaya Perdana Menteri berundur, sempat Tengku Razaleigh menulis surat meminta diadakan perhimpunan agung khas UMNO sebelum Perhimpunan Agung.
Dalam suasana itu mulai ribut Pemuda UMNO hendak memecat Mukhriz. Adakah ia berhenti di situ?
Memang keputusan pilihan raya besar gemanya, tetapi ia boleh tidak menjadi ribut kerana majoriti BN di Parlimen masih besar. Tetapi dalam masa 10 hari ini, seolah raja-raja jadi tempat menyelesai masalaha politik, kerana orang politik lambat bertindak.
Orang politik sibuk dengan menyatakan sokongan yang tak putus-putus kepada Perdana Menteri, hingga sokongan itu seperti satu sokongan membawa rebah. Tidakkah kerajaan sekarang berhadapan dengan satu krisis keyakinan?

HAK RAJA MENOLAK

MENGIKUT amalan demokrasi biasa pemimpin sebuah parti politik atau seorang yang disokong oleh sekumpulan orang-orang yang menguasai sebuah majlis perundangan berhak membentuk kerajaan sebaik-baik saja dia mendapat majoriti mudah.
Tidak perlu dia menunggu keputusan semua kerusi yang dipertandingkan. Banyak kejadian sebaik saja keputusan majoriti mudah itu diperolehi, maka ketika itu juga kumpulan itu pergi ke istana untuk mndapatkan persetujuan bagi membentuk kerajaan. Sekali pun lewat malam.
Maka Raja atau ketua negeri bertekan meminta ketua kumpulan itu membentuk kerajaan. Malah ada yang mengangkat sumpah ketika itu juga.
Bagaimana pun raja atau ketua negeri atau Presiden bagi setengah negara berhak menolak permintaan itu atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jarang benar berlaku kejadian ketua negeri menolak permohonan ketua majoriti kumpulan yang mendapat sokongan itu.
Ada baik dan ada persoalannya apabila peraturan itu dibuat begitu. Kesemua negeri atau negara membuat peruntukan begitu. Raja atau ketua negeri diberi hak memperkenan atau tidak memperkenankan permintaan membentuk kerajaan.
Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka itu juga pernah menerumi pengalaman seperti itu. Dalam tahun 1959 PAS memenangi majoriti cukup dalam pilihan raya di negeri Terengganu. Ketua parti di negeri itu Ahmad Azam. Beliau tidak dapat membentuk kerajaan disebabkan beliau bukan anak jadi Terengganu.
Ahmad Azam orang Perak. Beliau cukup syarat untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Tetapi kecenderungan istana mahukan anak jadi Terengganu menjadi ketua kerajaan pilihan pertama negeri itu. Ketika yang sama negeri Perlis tidak berhalangan untuk menerima Shaikh Ahmad menjadi Menteri Besar Perlis walaupun dia lahir di Pulau Pinang.
Atas penolakan ke atas Ahmad Azam itu, maka PAS mengemukakan calon kedua iaitu Daud Abdul Samad. Itu pengalaman pertama.
Pengalaman kedua berlaku di Perak ketika Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar. Ia tidak bermula dengan pemilihannya untuk menjadi Menteri Besar. Ada masalah antaranya dengan istana semasa dia menjadi Menteri Besar. Berikutnya dia tidak meneruskan penggalnya hingga tamat. Dia diangkat menjadi Duta Besar ke Mesir dan Perak mendapat Menteri Besar baru.
Beberapa tahun kemudian UMNO menghantar Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Perak semula. Sultan Perak ketika itu Sultan Idris Shah tidak perkenan. Tidak perkanan baginda itu telah disampaikan ke pengetahuan Perdana Menteri Tun Razak.
Raja Azlan Shah, seorang waris takhta kerajaan negeri Perak yang ketika itu adalah seorang pegawai kehakiman kerajaan persekutuan dikatakan pernah menyampaikan pandangan Sultan Perak itu kepada pihak yang berpengaruh dalam politik di Kuala Lumpur.
Pandangan istana itu tidak dihiraukan oleh rumah UMNO. Ketika berkempen di Perak Tun Razak mengadap Sultan Perak. Baginda menyatakan tidak perkenannya atas pengiriman semua Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar sekali lagi.
Kerana masa sudah tidak banyak, maka sukar bagi Tun mengubah pilihannya. Beliau merayu Sultan menerimanya untuk sementara. Dan terbukti kemudiannya berlaku suasana tidak sejalan antara pentadbiran di Perak yang berakhir Ghazali Jawi terpaksa berundur juga.
Menjelang pembentukan kerajaan Barisan Nasional menggantikan Perikatan, Dato Asri Muda dilantik oleh Tun Razak menjadi Menteri Tanah dan Wilayah dalam kerajaan pusat. Dato Asri yang mengosongkan jawatan Menteri Besar Kelantan mengemukakan nama Wan Ismail Wan Ibrahim menjadi gantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Tetapi Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra perkenan kepada Mohamad Nasir untuk menjadi Menteri Besar yang baru. PAS sebagai parti yang menguasai majoriti ADUN Kelantan tidak menamakan Dato Mohamad Nasir, tetapi Raja tidak perkenan kepada nama yang dikemukakan oleh PAS, sebaliknya baginda ada pilihan lain.
Tiada ada yang dapat dibantah oleh PAS melainkan menerika seorang tokoh PAS lain untuk menjadi Menteri Besar.
Selepas kejadian 13 Mei 1969, Perikatan Perak tidak dapat membentuk kerajaan kerana ia tidak cukup majoriti. Pembangkang yang terbesar hasil pilihan raya itu ialah PPP pimpinan Dato S.P.Seenivasagam yang menguasai 12 kerusi. Jika DAP, Gerakan dan seorang wakil rakyat PAS dapat mengadakan muafakat, pembangkang boleh mencuba membentuk kerajaan minoriti.
PPP mempunyai seorang ADUN Melayu iaitu Samsuddin Harun yang dicadangkan menjadi Menteri Besar kalau ia boleh membentuk kerajaan.
Permintaan Seenivasagam untuk menghadap bagi menubuhkan kerajaan hanya diperkenan kiranya Seenivasagam dapat membawa kesemua ADUN pemgbangkang yang menang di negeri Perak.
Sultan Perak mahu mendapat kepastian setiap ADUN pembangkang itu bersetuju untuk membentuk kerajaan alternatif. Kiranya Seenivasagam tidak dapat membawa penyokong-penyokongnya itu, maka baginda tidak bersedia menerimanya mengadap.
Seenivasagam tidak berjaya mendapatkan sokongan Gerakan dan DAP pada masa itu.
Perikatan akhirnya berjaya mengepung Samsudin pulang ke rumahnya. Setelah dia tidak dapat pulang ke rumah beberapa hari, tiada jalan baginya melainkan menyertai UMNO. Barulah dia dapat balik dan barulah Perikatan dapat majoriti membentuk kerajaan Perak.
Menteri Besar Terengganu Dato Nik Hassan Abdul Rahman pernah menghadapi masalah dengan istana ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan tahun 1974, BN tidak lagi mengekal Dato Nik Hasan bertanding untuk negeri sebaliknya beliau ditarik ke Parlimen.
Jika BN mengekalkan Dato Nik Hassan ssebagai calon MB semula, maka pembentukan kerajaan akan tergendala.
Dato Mohamad Yaakub juga menghadapi masalah dengan istana Kelantan semasa menjadi Menteri. Masalahnya selesai beliau dan sekalin ADUN BN kalah dalam Pilihan raya Umum 1990.
Masalah yang sama juga berlaku di Johor di hujung pemerintahan Tan Sri Othman Saad. Pelesaiannya ialah Tan Sri Othman Saad terpaksa berundur. Demikian juga Pahang berdepan dengan masalah semasa Rahim Bakar menjadi Menteri Besar.
Kelewatan mengangkat sumpah pernah berlaku di Negeri Sembilan do hujung pentadbiran Tan sri Isa Samad tetapi ia tidaklah segempar yang diterjadi di Perlis dan di Terenggau selepas pilihan raya 8 Mac 2008 yang lalu.
Sultan Perak dan Sultan Selangor telah memainkan peranan yang menari menyelesaikan pembentukan kerajaan campuran di kedua negeri itu. Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Perak telah bertemu secara berasingan dengan semua parti yang hendak membentuk kerajaan. Nampaknya pendekatan itu berjaya mengatasi semua rentangan.
Keributan berlaku di Perlis dan Terengganu sejak Parlimen dibubarkan lagi. Datuo Seri Shahidan Kassim dan Dato Seri Idris Jusoh bertindak mencantas seiapa saja yang tidak sekata dengannya. Menteri dan timbalan menteri yang tidak menggugat kerusi kedua Menteri Besar ikut dicantas.
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak dapat banyak menghalang kedua pemimpin UMNO itu dari menjalan kuasa kuku besinya. Semuanya tidak bersuatu bila berhadapan dengan Shahidan dan Idris. Sama seperti orang Iraq berdepan dengan Saddam Hussein.
Ternyata kerakusan mereka itu ikut menyingkung raja-raja di kedua negeri. Sesudah ketua parti dan Perdana Menteri tidak dapat menundukkan Shahidan dan Idris Jusoh, maka raja-raja yang mendengar rintihan rakyat, pegawai-pegawai dan pandangan umum telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk tidak memperkenan perlantikan semua Shahidan dan Idris.
Sehingga seminggu Perdana Menteri tidak berjaya meredakan keadaan, maka Raja Perlis bertndak sendiri memperkenan Dr. Isa Sabu menjadi Menteri Besar kerana lapan ADUN mengaku bersetuju dengan Dr. Isa Sabu mengetuai kerajaan.
Ketika rencana ini ditulis, antara ADUN Terengganu sudah berada di Lembah Kelang untuk bertemu penasihat raja dan Perdana Menteri tentang apa yang patut dibuat dengan masa depan kerajaan Terengganu.
Perdana Menteri berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi adakah Perdana Menteri akan menghormati sikap raja yang telah diketahui umum tidak perkenan kepada kedua-dua pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu itu?
Raja-raja sudah menyatakan sikapnya. Bijakkah Perdana Menteri melakukan sesuatu yang b oleh dilihat tidak mendengar kemahuan raja?
Apa jua keputusan Perdana Menteri tidak boleh dilihat tidak bersama raja. Pernah raja-raja dirasakan bersikap berlebihan. Tetapi dalam kes di Perlis dan Terenganu ini dirasakan raja-raja telah berada di pihak yang popular.
Kedua-dua Menteri Besar itu dilihat oleh umum sebagai panglima zaman purbakala ketika rakyat tidak berdaulat dan tidak tahu erti demokrasi dan kebebasan. Agaknya kalau mereka jadi Presiden, lebih kurang saja keadaannya dengan Saddam Hussein.
Perdana Menteri tidak dapat menundudukkan mereka. Hanya raja tempat semua orang mengadu.

GEJALA BN DITOLAK BERKEMBANG

KEPUTUSAN Pilihan Raya 8 Mac memperlihatkan kian bertambahnya pengundi menolak Barisan Nasional. Kelantan yang amat diidamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, bukan sekadar tidak berhasil, tetapi ia seperti mengembalikan semula negeri itu ke era Pilihan Raya Umum 1990 – 18 tahun lalu.
Bukan sekadar ia lari jauh dari keputusan tahun 2004, tapi ia hanya elok sedikit dari keputusan tahun 1990. Tahun 1990 BN dapat sifar, tetapi ini ia sekadar dapat enam DUN.
Bukan sekadar megecewakan PM dan timbalannya, malah pengkalan PM di Pulau Pinang roboh seperti robohnya BN di Kelantan. Kawasan bukan Melayu seperti habis langsung. Yang tinggal kawasan Melayu saja. TPM berkubu di Kelantan tetapi kubunya di Pahang dapat ditembusi pembangkang. PAS dan DAP masing-masing dapat dua.
Keputusan kali bukan sekadar DAP mencapai kejayaan besar di Pulau Pinang, Perak dan Selangor tetapi ia menunjukkan kemajuan yang membersangsangkan di Negeri Sembilan. Ia dapat 10 kerusi.
PAS disamping mempertahankan Kelantan, ia menawan Kedah yang diidamnya sejak tahun 1969. Ia menambah sekali ganda di Terengganu – dari 4 kepada 8. Ia dapat 4 arliman dan 8 DUN di Selangor, 6 DUN di Perak. Tetapi yang menariknya PAS berjaya menebusi Johor dan Negeri Sembilan, suatu yang tidak peernah difikirkannya selama ini. Ia dapat dua di Johor dan satu di Negeri Sembilan.
Maka banyaklah analisis yang dibuat oleh para penyokong BN di TV dan akhbar tentang prestasi BN yang tidak cemerlang, tidak gemilang dan tidak lagi dikira terbilang itu.
Kebanyakannya menyimpulkan ia adalah gara-gara undi protes.
Tidak ditolak gejala protes itu ada, tetapi yang utamanya ialah kian besarnya gejala penolakan terhadap BN. Ia mula dapat ditunjukkan. Sebelum ini gejala penolakan itu sudah berkembang, tetapi protektif yang BN perolehi dari SPR, undi pos dan pasukan beruniform menyebabkan penolakan itu tidak berjaya.
Bukan sedikit bilangan pengundi yang dibeli undinya. Bukan kerana mereka itu hendak mengundi BN sangat, tetapi dengan wang yang dilambakkan terutama malam sebelum mengundi, menyebabkan mereka mengundi BN. Pembangkang tidak ada benda yang hendak diberi selain dari menjanjikan pembelaan nansib mereka.
Tetapi pengundi yang rata-rata miskin terbutang budi dengan pemberian kain batik dan kain pelikat dan lain-lain sogokan. Bukan pasal baiknya BN itu mereka undi, tetapi dapat habuan dalam pilihan raya itu.
Kalau amalan membeli undi dalam pemilihan UMNO yang dikecam oleh semua pihak dalam UMNO berjalan berleluasa, UMNO membeli undi perwakilannya di Kubang Pasu bagi mengelakkan Dr. Mahathir jadi perwakilan, maka apa yang menghalang jentera BN membli undi dan menggunakan politik wang dalam pilihan raya.
Para penganalisis di TV dan media tidak membangkit hal ini dan mengapa orang memberikan undi kepada BN secara yang tidak sah.
Ugutan yang dibuat oleh samseng parti dan kongsi gelap, akan bencana yang akan dihadapi kiranya tidak mengundi BN dan betapa adanya nombor siri pada kertas undi menakutkan orang awam untuk memberi undi kepada calon selain dari BN. Bukan kerana mereka ikhlas untuk mengundi BN tetapi ugutan menyebabkan mereka mengundinya.
USNO kalah kepada Berjaya dulu bukan kerana USNO tidak berpengaruh, tetapi penghantaran polis dan pasukan beruniform yang ramai sepanjang pilihan raya di Sabah itu, menyebabkan pengundi Sabah takut kalau tidak mengundi parti yang disokong oleh kerajaan pusat. Bukan kejayaan Berjaya itu kerana disokong oleh rakyat, tetapi takut apa akan jadi kalau tidak menyokong parti yang direstui pembentukannya oleh pemimpin kerajaan pusat.
Selain dari itu berbagai-bagai penipuan atas kerjasama SPR menyebabkan pengundi tidak dapat melaksanakan haknya secara bebas. Justeru itu BN sentiasa dapat menyelamatkan kuasanya dengan majoriti dua pertiga.
Dalam pilihan raya kali ini kesedaran pengundi bertambah. Penyokong UMNO dan BN merasa tidak puas hati dengan pentadbiran Pak Lah terserlah selepas pilihan raya 2004.
Bukan sekadar penentang BN tidak puas hati, penyokong BN dan penyokong kerajaan pun ikut tidak puas hati. Orang-orang yang tidak puas hati kepada Dr. Mahathir dulu merasa seolah-olah Mahathir jauh lebih baik. Ia berkembang sebelum Dr. Mahathir ssendiri meluahkan kekecewaannya.
Apabila Mahathir memulakan protesnya, maka ia memberi peluang kepada pengundi yang selama-lamanya tidak puas hati dan yang merasakan BN adalah buruk, bangunan bagi mengamalkan hak dan kebebasannya.
Antara orang UMNO itu memprotes, tetapi ramai pula dari mereka yang tidak lagi mempercayai UMNO. Di Kelantan saja, orang UMNO yang menyertai PAS selepas 2004 sekitar 5,000 orang. Mereka bukan memprotes tetapi mereka menerima PAS.
Mungkin yang menyokong PKR itu golongan protestan. Tetapi mulanaya dilihat seperti protes. Tetapi setelah 10 tahun, ia bukan lagi protes. Ia sudah menjadi satu kumpulan menolak BN. Golongan yang menolak BN ini ramai dan sejak 10 tahun dulu mereka menyelaraskan tentangan itu.
Hal-hal yang menyebabkan BN ditentang amat banyak. Sejak merdeka, BN mula leka dengan peluang yang boleh didapati dari kerajaan. Mereka menyapu apa saja yang boleh didapati. Mereka jadi penerima rasuah dan menggalakkan amalan rasuah. Sejak merdeka, UMNO, BN, dan kerabatnya menjadi agen penggalak rasuah.
UMNO juga menjadi agen penjual bangsa dan hak orang Melayu. Perjuangan bahasa hanyut, budaya hanyut, jatidiri Melayu sudah tidak jadi teras jatidiri Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat dibangga dengan Melayu.
Semuanya amat sangsi dengan orang yang masuk UMNO sekarang kesrana mereka tidak tahu apa sebenarnya perjuangan UMNO yang menuntut kemerdekaan dulu. Yang masuk UMNO sekarang bukan lagi berjuang untuk Negara, tetapi adalah untuk membolot peluang yang boleh diperolehi dari kerajaan kerana kerjaan itu dikuasai oleh UMNO.
Sebenarnya sudah lama orang mahu menolak UMNO, tetapi kerana UMNO berkuasa atas polis, menggunakan polis atas nama keamanan tetapi sebenarnya adalah untuk mengelakkan orang ramai dari membincangkan keburukan pemimpin-pemimpin UMNO.
Bukan semuanya suka kepada UMNO, tetapi SPR bekerja untuk menyelamatkan UMNO. Maka dengan segala tipu muslihat SPR, tidak dapat pengundi untuk menyekat UMNO dari berkuasa lagi dan bermaharajalela lagi.
Orang yang bersungguh seperti Anwar Ibrahim masuk UMNO bukan kerana UMNO itu elok, tetapi ia adalah saluran mudah untuk mendapatkan kuasa. TEtapi kerana UMNO itu beergelumang dengan semua anasir yang bercelaru, maka Anwar yang berjanji untuk membuat perubahan dari dalam telah mereka hukum.
Maka factor Anwar ikut menyuburkan lagi gejala penolakan UMNO. Cuma Anwar agak lambat mengaktifkan kegiatan untuk mengajak orang menolak UMNO dan BN. Dalam masa setahun ini saja dia cergas. Dia belum cukup peluang untuk menyusun gerakannya. Cuma dia membantu membuka ruang kepada orang ramai untuk menolak BN.
Gabungan dari penolakan yang sudah lama dengan protes Dr. Mahathir dan keagtifan baru Anwar, penyelarasan gerakan antara PAS, DAP dan individu-individu yang sudah lama sedar, berjaya menunjukkan cabaran ketara kepada BN.
Apa yang dialami oleh BN itu bukan sekadar protes. Banyak kerenah yang ia bukan wujud untuk berkhidmat, tetapi untuk berkuasa sekadar yang dimampunya saja.

CALON KE KELANTAN SEJAK TAHUN 1959

DALAM Pilihan Raya Umum yang pertama dalam tahun 1959, sama seperti Plihan Raya Umum sebelumnya tahun 1955, pilihan raya Parlimen tidak dijalankan serentak dengan pilihan raya di negeri-negeri.
Malah pilihan raya negeri-negeri pula tidak serentak. Ia dimulakan di Perlis, kemudian di Kedah dan dari satu negeri ke satu negeri hinggalah yang terakhirnya di Kelantan. Selepas semuanya selesai barulah diadakan pilihan raya Parlimen.
Hasil dari pilihan raya-pilihan raya negeri itu di dapati PAS kalah di semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.
Keputusan itu menyebabkan PAS membuat strategi meletakkan sebahagian dari pemimpin nasionalnya bertanding di Kelantan dan Terengganu supaya pemimpin-pemimpin pentingnya dapat dihantar ke Parlimen.
Jika tidak dibuat demikian, sukar untuk menempatkan pemimpin-pemimpin penting itu ke Parlimen dan Parlimen penting mempunyai anggota-anggota berkalibar.
Maka keputusan itu dirundingkan dengan PAS di negeri-negeri itu. Kelantan dan Terengganu bersetuju untuk menerima calon dari luar. PAS menghantar empat tokoh bertanding di Kelantan dan tiga di Terengganu.
Mereka yang bertanding di Kelantan ialah Pro. Zulkifli Mohamad, Dato Raja Hanifah, Ustraz Othman Abdullah dan Haji Ahmad Perai. Di Terengganu pula Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Ustaz Hasan Adli dan Khadijah Sidik.
Bukan PAS saja yang membuat strategi demikian. Parti Negara kalah di semua negeri kecuali beberapa orang berjaya di Dun Terengganu telah mengadakan perundingan dengan PAS, maka PAS memberi laluan kepada Dato Onn Jaafar bertanding di Terengganu.
Dato Onn sebagai Yang Dipertua Agung Parti Negara kalah di Batu Pahat dalam Pilihan Raya Umum tahun 1955 dan dia juga kalah dalam satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu. Dato Onn memenang pilihan raya itu.
Dengan beberapa kerusi yang dimenangi oleh Parti Negara di Terengganu itu belum memungkinkan Dato Onn menang kerana kawasan yang dimenanginya itu tidak setempat. Oleh sebab kawasan-kawasan sekitarnya dimenangi oleh calon PAS, maka dengan laluan yang diberi oleh PAS itu memugkinkan Dato Onn diterima oleh pengundi di Terengganu.
Dato Onn adalah wira dan putera handal dari Johor, tetapi rakyat Johor tidak menilainya ketokohannya. Yang menilainya ialah pengundi-pengundi Terengganu.
Semua calon luar yang dikemukakan oleh PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam pilihan raya umum1959 itu telah berjaya memasuki Dewan Rakyat. Penggal pertama Dewan Rakyat selepas merdeka mencatat sejarah mengumpulkan lapan orang pemimpin PAS menjadi anggota Dewan Rakyat. Tujuah daripadanya calon dari luar dan seorang lagi pemimpin nasional dari orang Kelantan sendiri ialah Dato Asri Muda.
Lepas itu belum pernah terdapat seramai itu pemimpin utamanya PAS menjadi anggota Parlimen pada satu penggal.
Dalam Pilihan Raya Umum 1964 hanya Prof. Zulkifli Mohamad saja yang kekal bertanding di Kelantan. Lain-lain kerusi ditandingi oleh calon tempatan sendiri.
Haji Ahmad Perai telah menemui kemalangan jalan raya dan meninggal. Pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya digantikan oleh calon tempatan, tidak lagi dari luar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ustaz Othman Abdullah menyertai UMNO menjelang pilihan raya 1964. Tidak berbangkit lagi baginya bertanding di Kelantan. Sebaliknya dia menjadi calon Perikatan di Hilir Perak. Menakala Dato Raja Haniafah tidak dapat menumpukan masa di Kelantan, maka beliau tidak lagi menjadi calon di Kelantan.
Manakala di Terengganu, Dr. Burhanuddin al-Hilmi menghadapi kes mahkamah dan beliau hilang kelayakan bertanding. Ustaz Hasan Adli dan Kadijah Sidik juga tidak lagi bertanding di Terenggan.
Bagaimana pun Prof Zulkifli sebagai satu-satunya calon dari luar bertanding di pantai timur tahun 1964 dalam landaan dan gelora isu kontrantasi Indonesia, beliau berjaya mendapat peratus dan majoriti yang tinggi. PAS dalam pilihan raya agak terpukul kerana menentang pembentukan Malaysia. Pendirian itu sama pula dengan sikap Indonesia.
Prof. Zulkifli pula menemui kecelakaan jalan raya sehari selepas memenangi pilihan raya umum 1964 itu. Dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya, PAS terus meletakkan calon dari luar iaitu Ustaz Abu Bakar Hamzah. Pengundi tempatan t erus memberi sokongan kepadanya untuk beberapa penggal.
Selepas PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1973 dan setahun kemudian ikut membentuk Barisan Nasional bersama Perikatan, maka tidak lagi timbul orang luar bertandingi di Kelantan.
Cuma dalam tahun 1986 ketika PAS dalam keadaan PAS kalah di Kelantan, PAS Kelantan menerika Khalid Samad bertanding di Kuala Kerai. Pilihan raya itu adalah antara sejarah hitam bagi PAS, bukan sekadar penyertaan Khalid Samad tidak membawa kejayaan. Bukan sekadar calon dari luar tidak dibawa ke Kelantan, calon dari Kelantan sendiri kalah, hanya satu kerusi Parlimen saja yang dimenangi oleh PAS di seluruh negara iaitu di Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.
Kalau Kelantan sebagai kubu PAS hanya PAS satu yang menang, maka tidak berbangkit isu pengundi luar ditolak oleh pengundi Kelantan.
Tetapi dalam kebangkitan semula PAS dalam Pilihan Raya Umum 1990, PAS Kelantan membawa dua calon dari luar iaitu Dr. Daeng Sanusi Mariuk dan Haji Muhamad Sabu. Kedua-duanya telah diterima oleh pengundi di Rantau Panjang dan Nilam Puri.
Dalam pilihan raya itu PAS mengadakan muafakat Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Melayu Semangat 46. Ia bukan sekadar memberikan kemenangan semula kepada PAS di Kelantan, malah Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN.
Kedua mereka mengulangi kemenangannya dalam Pilihan raya Umum 1994.
Dalam dua pilihan raya umum selepas itu iaitu tahun 1999, tiada calon luar bertanding ssebagai calon PAS di Kelantan. Tiadanya calon luar itu bukan disebabkan oleh bimbang ia tidak disokong oleh para pengundi tetapi ia adalah disebabkan keputusan PAS sendiri dan perkembangan menggalakkan PAS secara menyeluruh di seluruh negara.
Bagaimana pun dalam Pilihan Raya Umum 2004, PAS membuka semula memberi laluan kepada calon luar. Ketua Pemuda PAS, Salehuddin Ayub dari Johor tentunya sukar untuk memenangai pilihan raya di Johor. Sebagai Ketua Pemuda dan beliau ssendiri mempuyai wibawa untuk diketengahkan.
Maka PAS Kelantan bersetuju memberi laluan kepadanya untuk bertanding di kawasan Kubang Kerian. Kubang Kerian pernah diwakili oleh Muhamad Sabu dan selepas itu disandang oleh Dato Husam Musa.
Ternyata pengundi Kelantan terus memberi sokongan kepada calon luar untuk berhadapan dengan calon Barisan Nasional yang terdiri dari orang Kelantan sendiri dan antaranya orang tempatan
Tetapi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 PAS Kelantan menambah calon dari luar dari seorang kepada tiga. Selain Salehuddin Ayub yang mempertahankan kerusinya di Kubang Kerian, PAS membawa masuk Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presidennya menentang calon Menteri Besar Barisan Nasional, Dr Awang Adek Hussein bertanding di Bachok.
Seorang lagi ialah Dr. Hatta Ramli di Kuala Kerai.
Dalam tahun 2004 Bachok dan Kuala Kerai telah jatuh ke tangan BN. Bachok adalah kubu kuat PAS yang tidak pernah dapat dirampas oleh UMNO kecuali dalam tahun 1986 apabila bekas wakil rakyat PAS beberapa penggal sebelum itu, Zain Abdullah telah menjadi calon BN menewaskan calon PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Tetapi s elepas itu Bachok jatuh semula ke tangan PAS. Tetapi dalam tahun 2004 calon PAS ditewaskan oleh BN dengan calonnya Dr. Awag Adek. Dr. Awang Adek dilihat sebagai tokoh baru menggantikan Dato Annuar Musa dan Dato Mustapa Mohamad, maka dia dicalonkan bagi menjadi Menteri Besar. Ketika yang sama dia juga bertanding untuk kerusi Parlimen.
Ustaz Nasaruddin dibawa untuk mencabar calon MB dan orang tempatan pula.
Kuala Kerai yang dikuasai oleh PAS sejak tahun 1990 jatuh ke tangan BN tahun 2004. Di kawasan ini diserahkan kepada Dr. Hatta untuk merampas semula kawasan itu dari BN.
Semua calon PAS dari luar telah membuktikan bahawa mereka diterima oleh pengundi Kelantan walaupun mereka berdepan dengan calon Barisan Nasional yang teridir dari orang tempatan.
Bukan isu calon dari luar Kelantan itu tidak dibangkit oleh BN dari kempen pilihan raya itu tetapi pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian.
Orang Kelantan terkenal tebal perasaan keKelantannannya. Di mana mereka berada, mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka. Tetapi dalam kefahaman politik Islam, pengundi Kelantan mengutamakan perjuangan Islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupun dia adalah orang temptan dan di kalangan keluarga terdekat.

Sunday, March 2, 2008

TIADA YANG KURANG DI KELANTAN

KETIKA UMNO berhempas pulas untuk merampas Kelantan dari PAS, rakan komponennya Gerakan yang berkuasa di Pulau Pinang seperti kurang yakin untuk mempertahankan kuasanya sejak tahun 1969 dulu.
Ketua Menterinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak mempertaankan jawatannya, sebaliknya memilih kerusi Parlimen Batu Kawan di Seberang Perai. Dia tidak bertanding di Pulau Pinang yang sangat kurang pengundi Melayu. Peratus pengundi Melayu di Seberang Perai juga merosot, tetapi tidak seburuk Pulau Pinang.
Kemerosotan itu amat ketara berikutan dengan dasar tidak pro Melayu Gerakan. Akhirnya pemimpin Gerakan sendiri terpaksa mencari kawasan yang ada Melayu sedikit sebanyak. Nasib Gerakan bergantung pada tuah Perdana Menteri adalah dari Pulau Pinang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang merasakan dirinya kuat di luar Pulau Pinang bertumpu untuk merampas Kelantan.
Tetapi apa kekurangan yang ada di Kelantan untuk mengajak pengundinya menukar kerajaan?
Kemajuan seperti negeri-negeri lain juga. Kalau kesesakan jalan raya itu tanda kemajuan, Kota Bharu juga sesak seperti Alor Setar, Ipoh dan Kuantan. Untuk mengatakan ia kurang peluang pekerajaan, anak Kedah, anak Johor, anak Perak dan lain-lain juga penuh mencari rezeki di Lembah Kelang.
Dan jika koridor ekonomi Pantau Timur itu berjaya seperti lain-lain koridor, maka tentulah Kelantan maju juga. Kelantan sudah dimasukkan dalam koridor tanpa ia menjadi negeri Barisan Nasional.
Mungkin dulu pada zaman Kelantan didiskriminasi di bawah empat Perdana Menteri, negeri itu diabaikan oleh kerajaan pusat, maka terfikir juga rakyat untuk mengikut selera negeri-negeri lain. Tetapi ternyata diskriminasi itu tidak mengubah sikap rakyat Kelantan.
Di bawah Perdana Menteri sekarang Kelantan sama ada kekal di bawah PAS atau bertukar tangan akan tetap dibangunkan mengikut program koridor yang diwarwarkan. Kalau koridor itu berjaya, maka Kelantan ikut berjaya tanpa menukar kerajaan.
Kalau Kelantan mahukan universiti, ia sudah ada universiti tanpa Kelantan diperintah BN.
Malah kerajaan dan pimpinan Kelantan di bawah PAS, mengikut Dr. Agus Yusuf, guru politik UKM dalam TV1 adalah lebih bersih dari semua kerajaan BN. Belum ada yang menyanggahnya.
Maka buat apa sebuah kerajaan yang bersih diserahkan kepada pentadbiran kumpulan politik yang tidak bersih? Ertinya menukar kerajaan Kelantan yang bersih kepada kumpulan yang tidak mengenal bersih adalah seperti memberi bunga kepada beruk, haiwan yang tidak mengenal erti endahnya bunga.
Cuma dalam mantik yang digunakan oleh ketua kerajaan PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah seperti orang utan mengambil kerajaan yang bersih itu untuk dimusnahkan.
Maka isu orang utan inilah yang dibesarkan oleh orang UMNO seperti beliau mengatakan mereka itu orang utan. Orang utan adalah dari keluarga beruk juga, tetapi spesis ini disebut oleh semua bangsa sebagai orang utan. Inggeris, Jerman, Perancis, Kanada semuanya memanggil orang utan.
Orang utan ini makhluk yang tidak mengenal keendahan. Beliau takut negeri bersih yang membangun dengan Islam itu, jika ditadbirkan oleh pihak yang tidak mengenal erti bersih, akan menyebabkan yang elok setakat ini akan musnah.
Negeri itu akan dilanda gejala jom heboh, keruntuhan akhlak dan lain-lain. Belum pun kerajaan itu bertukar, agen keruntuhan akhlak telah pun menyerang negeri itu dengan mengadakan majlis hiburan di hotel dengan tidak menutup aurat. Ia satu tindakan tidak menghormati dasar kerajaan negeri.
Serangan yang didalang oleh satu agen media perdana itu tidak tepat dengan janji Datuk Seri Najib untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri tamadun Islam yang terbesar kiranya ia kuasa oleh UMNO.
Jika cakap Najib itu bukan satu propaganda, maka tidak pernah dia menunggu mengambil Kelantan dari PAS. Pahang yang di bawah pengaruhnya itu boleh ditukar menjadi negeri tamadun yang dijanjikannya itu. Tetapi hingga ini ia Najib tidak berani mengusik pusat judi Genting Highland yang jadi agen mencegah tamadun Islam.
Najib adalah pemimpin yang tidak berjaya menghalang negeri-negeri di bawah BN jadi tidak bersih. Jika dia membiarkan negeri-negeri itu tidak bersih, macam mana mahu menjadi Kelantan negeri tamadun Islam yang cemerlang. Jika Kelantan diserahkan kepadanya, samalah seperti maksud mantik Usta Nik Aziz, menyerahkan Kelantan kepada kumpulan orang utan.
Kelantan sekarang tidaklah mundur tetapi berkembang seperti negeri dan rakyat negeri lain. Lebih Kelantan di bawah PAS ia adalah kerajaan yang bersih dan masih menjadi negeri koridor atau serambi Mekah.
Hajat BN jika Kelantan jatuh ke tangannya untuk menukar semua masjid dengan bangunan baru, indah dan canggih. Dengan masjid macam itu negeri itu dikira negeri tamadun Islam. Tamadun tidak terletak pada masjid, tetapi pada kehidupan dan pemerintahannya.
Setakat ini tiada mukim di Kelantan yang tidak ada masjid. Tidak berlaku di Kelantan orang tidak sembahayang Jumaat kerana tidak ada masjid. Yang mustahak ialah memakmurkan masjid dan menjadikannya pusat kemajuan umat.
Mana-mana masjid lama yang sempit yang perlu dibesar dan dibaharui, maka boleh dibangunkan masjid baru sesuai dengan keperluan masa. Jika bangunan masih elok tetapi sempit, maka yang diperlukan membesarkannya.
Yang lebih penting ialah bagaimana mahu menjadi umat Islam berilmu dan bebas dari orang yang layak menerima zakat. Bila majoriti rakyat Kelantan jadi orang berilmu dan tidak ada orang layak menerima zakat, maka rakyat seperti itu menggunakan hartanya untuk membina masjid dan memakmurkannya.
Tetapi jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merasakan Kelantan patut memiliki masjid-masjid seperti yang mereka maksudkan, maka ia boleh dilaksasnakan tanpa menunggu ia memerintah Kelantan. Seperti ia boleh membina universiti tanpa menunggu Kalantan jatuh kepada UMNO, maka ia boleh masukkan pembinaan itu di bawah RMK9 dan koridur pantai timur yang dirancang itu.
Pembinaan itu adalah kerana Allah dan ssebagai ibadat. Tetapi tidak memberi kerja kepada kontraktor UMNO. Biasanya projek-projek pembangunan dirancang lebih bertujuan untuk memberi kerja kepada pemimpin-pemimpin UMNO di berbagai peringkat.
Maka projek masjid ini adalah peluang untuk pemimpin UMNO kerana mereka itu orang Islam. Jika ia untuk memberi rezeki kepada UMNO, maka tidak berbangkit masjid itu diperlukan dan banyak alasan ia mesti dibina atau dibesarkan, tetapi memberi kerja kepada orang UMNO, masjid yang masih elok pun boleh dicadang untuk dibina baru.
Projek yang demikian, tidak lagi kerana Allah dan kerana ibadat, tetapi ia kepentingan kroni.
Sebenarnya tidak banyak isu untuk memburukkan kerajaan Kelantan kerana pada pandangan umum Kelantan boleh membangun memadaikan dengan belanjawan dan kewangan yang sederhana. Ia tidak berbelanja membazir dan ia berupaya mencapai apa yang boleh dicapai oleh orang di tempat lain.
Yang tidak dapat ditandingi oleh orang di luar Kelantan ialah di ssetiap kampung ada beberapa orang lulusan pengajian tinggi Islam di dunia seperti Mesir dan lain-lain. Di negeri lain untuk dapat seorang bagi satu daerah pun payah.
Isu yang ada pada UMNO untuk memburukkan kerajaan Kelantan ialah mengenai orang utan. Ia bukanlah yang perkara yang menyebabkan kerajaannya perlu ditukar. Isu orang utan boleh reda bila-bila masa.

MUHAMMAD MOHD TAIB CONTOH ORANG UMNO SETIA

TAN SRI Muhammad Mohd Taib adalah antara rantaian pemimpin UMNO Selangor yang masa depannya dalam parti dan negara tidak sentiasa cerah.
Dia berusaha keras menunjukkan dirinya sebagai seorang yang setia kepada UMNO, tetapi sudah dua kali berturut Pilihan Raya Umum namanya tercicir dalam senarai calon. Padahal dia adalah seorang tokoh dari barisan wawasan UMNO di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan penting UMNO dulu.
Lain-lain tokoh dalam barisan wawasan itu ialah Datuk Seri Najib, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Tan Sri Rahim Tambhy Chik. Datuk Seri Abdullah Badawi tidak dalam senarai itu. Tetapi dalam pemilihan UMNO itu yang tercicir sebagai pemenang Naib-Naib Presiden UMNO ialah Tan Sri Ramli. Kerusi yang satu itu jatuh kepada Datuk Seri Abdullah Badawi.
Tan Sri Muhammad adalah bintang UMNO yang bersinar gemilang ketika itu. Tetapi setakat ini Tan Sri Muhammad seolah-olah menuju nasib gelap yang dilalui oleh kebanyakan pimpinan UMNO Selangor sejak merdeka dulu.
Menjelang kemerdekaan dan sejurus selepas merdeka UMNO Selangor dipimpin oleh Aziz Ishak, seorang wartawan dan pengasas Utusan Melayu. Sejak Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya tahun 1955, Aziz Ishak menjadi menteri pertanian. Dalam UMNO ketua UMNO Selangor ini menjadi Naib Presiden.
Namanya menonjol dalam kerajaan dan UMNO kerana projek kilang kertas dan baja usia yang dicadangkannya dalam kemenerian pertanian. Imejnya memuncak hampir menyamai Tunku Abdul Rahman Putera. Dalam satu pemilihan UMNO dia mencabar Tun Razak untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Dia tidak berjaya.
Projek kilang kertas dan baja usianya tidak mendapat sokongan menteri kewangan Tun Tan Siew Sin. Tetapi dia bertegas untuk meneruskannya. UMNO Selangor berdiri teguh di belakangnya.
Bagi mengendurkan ketegangan kebinet, dipercayai, dalam satu rombakan kabinet, Tunku menukar Aziz Ishak menjadi Menteri Kesihatan. Dia menolak dan dia keluar kabinet. Dia berdepan dengan krisis dengan UMNO pusat. Menteri Besar Selangor Dato Abu Bakar Baginda bukan ketua UMNO Selangor tidak menyokong Aziz Ishak dalam krisis itu.
Akhirnya Aziz dipecat dari UMNO. UMNO Selangor tidak lagi bersamanya.
Ketua UMNO Selangor diserahkan kepada muka baru dan sekali gus menjadi Menteri Besar iaitu Dato Harun Idris. Namanya meningkat naik terutama selepas 13 Mei 1969. Selepas menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO, nama Dato Harun menjulang hingga dirasakan layak menjadi calon Timbalan Presiden UMNO.
UMNO Selangor dan Pemuda UMNO bekerja untuk menjadikannya orang nombor tiga dalam UMNO selepas Tun Razak dan Tun Dr. Ismail. Dalam satu pemilihan UMNO Dato Harun bertanding untuk jawatan Naib Presiden, tetapi gagal. Tempat ketiga itu adalah antara Tan Sri Sardon Jubir, Dato Hussein Onn dan Ghafar Baba.
Dato Harun didesas desuskan terlibat dalam rasuah. Dia ditawarkan menjadi Duta ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia menolak sebaliknya mahu kekal sebagai Menteri Besar Selangor. UMNO Selangor mengaku berdiri teguh mempertahankannya.
DUN Selangor yang dikuasai BN mengemukakan undi tidak percaya kepadanya sebagai Menteri Besar. Dia hanya tinggal jadi Ketua Pemuda UMNO dan ketika itu dia didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Dia kalah di mahkamah dan dipenjarakan. Selepas keluar penjara dia diampunkan dan dapat menjadi Naib Presiden UMNO dan tidak lama dia pun hilang.
UMNO Selangor kemudiannya dipimpin berturut-turut oleh Dato Hormat Rafaie dan Tan Sri Ahmad Razali. Kedua-dua berpuas hati menjadi ketua UMNO Selangor saja dan tidak bercita-cita jauh.
Selepas itu datanglah Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Dia menjadi Menteri Besar dan ketua UMNO Selangor. Dalam waktu yang singkat namanya naik cepat hingga berjaya menjadi Naib Presiden UMNO bersama Najib dan Abdullah Badawi.
Popularitinya memuncak dan dia disebut-sebut bila-bila masa layak dibawa ke kabinet. Imejnya mulai mencapai apa yang pernah diterima oleh Aziz Ishak dan Dato Harun sebelumnya.
Dengan Anwar Ibrahim pula masa itu dilihat orang yang bakal menjadi pemimpin masa depan UMNO dan negara, maka Muhammad yang dilihat bersekutu dengannya sudah melayakkan diri menjadi seorang d ari pemimpin nasional.
Kedudukannya cukup kuat. Sekali pun dia kahwin lari dengan puteri Sultan Selangor, suatu yang dikira mencemarkan nama baik Sultan, tetapi ia tidak menjejaskan kerjaya politiknya. Kemudian dia bercerai pula dengan anak Sultan dengan cara luar adat, pun tidak mengapa-apakah kedudukannya dengan Istana dan politiknya.
Lepas itu timbul pula isu dia dikatakan memberi belayaran belasan juta sebagai imbuhan kepada janda anak Raja Selangor itu, walaupun di mana dapat wang sebanyak itu dibangkitkan oleh Sultan Selangor sendiri, tetapi politiknya dilihat kebal.
Hinggalah didapati membawa wang berbelas kilo semasa hendak keluar dari Australia, maka dia didakwa di makamah Australia. Kerajaan Malaysia dan UMNO pun barulah mengambil tindakan politik kepadanya; melepaskannya dari jawatan Menteri Besar dan ketua UMNO Selangor.
Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan kepadanya. Kerana kesalahannya berlaku di Australia, maka dia menghadapi makamah di Ausstralia saja. Tetapi dia dibebaskan oleh mahkamah Australia. Dia jadi orang bebas semula. Dia dikira tidak bersalah kerana mahkamah tidak mendapatinya bersalah.
Bagaimana pun kedudukannya sebagai ketua UMNO Selangor tidak dipulihkan kerana ia sudah diserahkan kepada Dato Abu Hasan Omar dan Abu Hasan juga sudah menjadi Menteri Besar. Tetapi secara de faktonya dia seperti kedua UMNO Selangor juga.
Abu Hasan Omar tidak mencari kedudukan tinggi dalam politik nasional. Bahkan dia disuruh berhenti pula dari jawatan Menteri Besar dan ketua UMNO Selangor. Tetapi dia tidak pula menggantikan Abu Hasan Omar.
Ketika Dr. Khir Toyo dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammadlah dikira orang yang memandu Khir Toyo untuk memimpin UMNO Selangor. Bagaimana pun jawatan yang sudah terlepas itu payah hendak diambil kembali.
Sedikit demi sedikit Khir Toyo dapat membebaskan dirinya dari pengaruh Muhammad Mohd Taib. Tiada mudah baginya untuk menjadi Naib Presiden UMNO dan untuk menjadi ketua UMNO Selangor semula.
Tan Sri Muhammad tetap menunjukkan dirinya orang yang amat setia dengan UMNO. Bagaimana setianya Hang Tuah kepada Raja Melaka, maka begitulah agaknya kesetiaan Tan Sri Muhammad kepada UMNO.
Apabila Datuk Seri Abdullah menjadi pemimpin UMNO diambilnya Muhammad menggantikan Tan Sri Megat Junid sebagai Ketua Penerangan UMNO. Tidak pula Muhammad yang tiada kerja itu dijadikan Setilausaha Agung UMNO. Setiaudsaha Agung diberi kepada orang yang ada kerja sebagai menteri iaitu Dato Radzi Shaikh Ahmad.
Muhammad benar-benar menjadi panglima UMNO. Dalam setiap pilihan raya kecil dia berkampung di situ. Dia tidak balik sehinggalah BN menang semua pilihan raya kecil itu.
Menjelang pilihan raya umum 2004 orang melihatnya berpotensi untuk menjadi calon. Banyak yang meramalkan dia bertanding di Shah Alam atau di Gombak. Memandangkan ketokohannya dan kesetiaannya dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia pula, maka dia dirasakan akan menjadi calon.
Tetapi namanya tidak muncul dalam senarai calon BN Selangor. Walaupun dia mnunjukkan kesetiaan, kekuatan bekerja, tidak pernah bersangka buruk kepada UMNO, dia terus diuji dengan mengamanahkannya mengepalai jentera penerangan UMNO dalam kempen pilihan raya.
Dia tidak teragak-agak untuk meneriskan kerja. Jawatan untuknya tidak penting, yang penting UMNO dan BN mesti menang. Dengan UMNO sajalah dia bekerja.
Cuma beberapa tahun dulu barulah diangkat dia jadi senator dan diberi jawatan menjadi RISDA.
Menjelang pilihan raya ke 12 ini disebut-sebut juga nama akan menjadi calon. Apa pun masalahnya, dia tetap duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO. Majlis Tertinggi itu cukup tinggi dalam UMNO. Tetapi ia belum menjamin untuk menjadi calon.
Tiba-tiba Khir Toyo keluar dengan kenyataan yang dia hanya menyenaraikan orang-orang yang bersih saja menjadi calon. Dengan segala latar belakang Tan Sri Muhammad itu tidak diketahui dia bersih atau tidak. Dan tidak juga dikethui apa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo dengan bersih itu..
Kenyataan ketua UMNO Selangor itu menjadikan teka teki kepada peluang Muhammad untuk menjadi calon. Dan adalah benar namanya tidak menjadi calon. Dia terus setia dengan UMNO walaupun UMNO tidak lagi mencalonkannya.
Setakat ini Tan Sri Muhammad gembira menjadi macam Hang Tuah, seorang laksamana gagah berani yang tidak derhaka. Moga-moga dia tidak derhaka hingga mati.

CALON MELAYU BN JUGA PATUT DIHUKUM

TAN Sri Dr. Koh Tsu Koon yang meninggalkan kerusi DUN di sebelah Pulau Pinang untuk merebut kerusi Parilem di sebelah Seberang Perai seperti meragui sikap mengundi orang Melayu.
Dalam satu siding media dimintanya pengundi supaya jangan menghukum calon bukan Melayu Barisan Nasional.
Sepanjang pengamatan berpolitik orang Melayu selepas diperkenalkan pilihan raya orang Melayu tidak pernah mengenal perbezaan antara calon Melayu dan bukan Melayu baik semasa Perikatan mahu pun setelah menjadi BN. Sebaliknya tidak berani mana-mana orang UMNO menjadi calon BN di kawasan pengundi bukan Melayu.
Rata-rata calon bukan Melayu BN berebut-rebut hendakkan kawasan pengundi Melayu.
Koh Tsu Koon memilih kawasan sebelah Seberang Perai itu pun dipercaya mahukan sokongan pengundi Melayu itu.
Gerangan apa dia mengiatkan penundi jangan menghukum calon bukan Melayu BN? Adakah dia sudah tidak yakin lagi kepada orang Melayu, yang mungkin mulai bosan dengan BN khususnya di Pulau Pinang, kerana telah diperkuda BN negeri itu sejak Gerakan menyertai BN awal 70an?
Dengan imej rasuah, pentadbiran kewangan yang tidak berhemah, memupuk kroni, menuju arah wasrisan kekeluargaan, harga barang yang tidak terkewal, jenayah yang tidak terbendung, keruntuhan akhlak dan penularan penyakit sosial, hakisan amalan demokrasi dan kedaulatan rakyat yang semakin pudar, maka bukan sekadar calon bukan Melayu BN wajar dihukum, calon Melayunya ssendiri pun perlu dihukum.
UMNO sudah menjadi parti kayu reput yang berulat, dipenuhi oleh orang yang mencari kekayaan dan kepentingan diri yang sebanyak-banyaknya, BN menjadi ikan busuk menjadikan kerajaan menghukum dan menghidap darah rakyat bagi mengkayakan keluarga pemimpin-pmimpinnya. Tiada cara UMNO dan komponennya dapat dibersihkan tanpa menghukum kumpulan parti itu.
Jika BN dibiarkan berkuasa lagi, bukan saja pemimpinnya menjadikan negara seperti lembu gemuk dulunya dihisap darah hingga menjadi kurus kering, tetapi boleh menjadikan lembu itu bercerai kulit dengan tulang.
Tiada cara bagi UMNO itu dibaiki dan BN itu dibersihkan, melainkan dengan menghukum calon-calonnya – Melayu dan bukan Melayu.
Tentang Gerakan sendiri khususnya, sebelum ia berkuasa melalui BN, masih ada tanah dan harta orang Melayu di Pulau Pinang khususnya di Seberang Perai. Meski pun pentadbiran Negeri Selat di Pulau Pinang pada zaman penjajah dulu tidak bercorak pro Melayu, tapi ada juga berbaki harta orang Melayu semasa kemerdekaan dicapai.
Kerajaan Perikatan di bawah Ketua Menteri MCA Wong Pow Nee tidak mengambil berat kepentingan Melayu sebagaimana yang dihendaki oleh semangat UMNO, tetapi selama berketua-menterikan Dr. Lim Chong Eu dan setiausha politiknya ialah Dr. Koh Tsu Koon harta orang Melayu boleh dikatakan licin, yang masih kekal ialah tanah kubur. Tanah wakaf Islam pun terhimpit.
Kawasan Pulau Pinang itu sendiri sebelum Gerakan berkuasa, keadaannya kira-kira seperti Singapura sebelum Lee Kuan Yew berkuasa. Sebagai mana Melayu Singapura itu jadi sesjarah saja di bawah Lee Kuan Yew, maka pulau di bawah Lim Chong Eu dan setiahsaha politiknya adalah Dr. Koh Tsu Koon ntidaklah banyak beza dengan Singapura. Seberang Perai pun tidaklah banyak yang dapat dibanggakan oleh orang Melayu khususnya UMNO.
Dr. Lim Chong Eu tidak mengambil Timbalan Ketua Menteri UMNO dari orang yang tajam perhatian politiknya tetapi memilih UMNO veteran yang sudah warga emas, Datuk Ahmad Badawi.
Masa mudanya memanglah dia kritikal dan lantang. Sesiapa pun yang jadi warga emas, tidaklah sukar untuk diurus.
Ia memberi laluan mudah kepada pimpinan Gerakan untuk memperkuda orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional. Kalau Prof. Dr. Syed Husein Al-Atas yang menjadi Presiden pengasas Gerakan boleh dimasukkan Chong Eu ke dalam poketnya, maka tidaklah apa-apa masalah untuk memperkudakan UMNO apa lagi ketua kanannya dalam kerajaan seorang warga emas.
Sejak lebih 20 tahun lalu orang Melayu banyak membangkitkan tentang hakisan orangMelayu dan hartanya di Pulau Pinang, malah ia disalak begitu rupa orang UMNO, tetapi tiadalah apa yang dapat dibuat untuk membela nasib dan kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang termasuklah Seberng Perai.
Politik Gerakan yangdililndungi oleh Barisan Nasional itu adalah mengecewakan orang Melayu. Kalau Nor Muhamad Yaakub, Menteri Kewangan Kedua itu boleh dikira ssebagai orang Melayu, dia sendiri tidak berani menjadi calon di mana-mana di bahagian Pulau Pinang. Dia ditumpangkan di Tasik Gelugor.
Itulah yang membayangkan nasib orang Melayu di bawah politik Gerakan yang kini diwarisi oleh Koh Tsu Koon.
Kalau orang Melayu bosan dengan calon BN khususnya dari Gerakan, ia bukan kerana perkauman, kerana Melayu jarang gagal mengundi calon bukan Melayu BN sebelum ini, tetapi adalah gara-gara politik Gerakan yang dilindungi oleh BN.
Maka yang perlu dihukum sekarang ialah semua calon BN, Melayu dan bukan Melayu.
Calon aternatif pun terdiri dari semua – Melayu dan bukan Melayu.

KATA DR. BURHANUDDIN, BALDATUN THAYIBATUN WA RABBUN GHAFUUR

DALAM ucapan dasarnya kepada Muktamar PAS di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur tahun 1955 seminggu sebelum TAnah Melayu merdeka, Dr. Burhanuddin al-Hilmy ada menyebut tentang Baldatun Thayibatun Wa Rabbun Ghafuur.
Maksudnya: Negara (masyarakat) kebajikan yang diredhai Allah.
Negara kebajikan yang diredhai Allah atau mendapat keampunan Allah itulah yang PAS hendak tegakkan di Tanah Melayu merdeka masa itu kiranya PAS diberi kepercayaan oleh rakyat.
Apa yang dicita-citakan oleh PAS 50 tahun dulu dihidupkan semula untuk terus diperjuangkan seperti thema manifesto pilihan raya umum ke 12 yang bayangkan oleh Presidennya Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Manifesto itu belum lagi dilancarkan, tetapi beliau mengumumkan bahawa matlamatnya adalah untuk menegakkan sebuah Negara dan masyarakat berkebajikan.
Setakat ini negara kebajikan yang dibayangkan oleh pemimpin PAS iaitu untuk memberi pendidikan percuma, khidmat dan rawatan percuma, harga runcit petrol yang rendah, projek pembangunan untuk rakyat, dan merapatkan jurang kaya-miskin.
Tiada media menyebutkan tentang Baldatun Thayibtun wa Rabbun Ghafuur, tetapi negara berkebajikan yang dimaksudkan itu adalah memenuhi konsep Baldatun Thayibatun wa Rabbun Ghafuur itu.
Konsep itu adalah sebahagian dari ajaran Islam dan ia adalah ciri-ciri isi negara dan masyarakat dalam kenegaraan yang dituntut oleh Islam. Matlamat negara dan sebuah kerajaan yang dikehendaki oleh Islam ialah dapat memberi kebajikan yang sebanyak-banyaknya kepada rakyat dan penduduk yang menumpang di negara itu tanpa mengira agama, keturunan, budaya, bahasa dan lain-lain.
Itulah yang ditunjukkan oleh negara Madinah yang ditegakkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda mengepalai hijrah 1429 tahun hijrah yang lalu. Baginda menegak tauhid ke dalam diri setiap Muslim, tetapi kebajikan yang dipancarkan dari negara dan pentadbirannya dinikmat sama adil oleh orang Yahudi, orang Kristian malah oleh golongan munafiqin.
Rahmat pertama yang dinikmati oleh puak Yahudi yang saling bertelagah di Madinah sebelumnya dapat berdamai di bawah pentadbiran baru yang berorentasikan negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan itu. Perdamaian dan saling tidak bercakaran sama sendiri itu adalah satu kebajikan yang amat berharga.
Keadilan dan kebajikan yang berjalan di Madinah itu memudahkan Islam itu tersebar ke seluruh semenjanjung Arab selepas pembebasan Mekah. Arab adalah bangsa yang terkenal bengis sebelumnya. Tetapi keadilan dan kebajikan yang terdapat dalam pentadbiran negara menunduk bangsa yang bengis itu menerima dan menyambutnya.
Apabila sampai kepada pemerintahan Khalifah Omar al-Khatab, maka kebajikan yang berkesan itu disambut pula oleh masyarakat Parsi dan lain-lain yang berjiran dengan semenanjung Arab.
Sampai kepada pentadbiran Khalifah Omar Abdul Aziz, tiada lagi penduduk dalam wilayah kenegaraan Islam yang besar itu bersedia menerima agihan zakat baik dari pemerintah mahu pun dari individu. Yang menyebabkan tiada lagi orang mahu menerima zakat ialah disebabkan mereka telah berkecukupan. Kabjikan yang dilimpahkan ke tengah masyarakat menyebabkan orang mudah mencari rezeki dan mudah memenuhi keperluan hidup dengan usaha sendiri.
Limpahan kebajikan di bawah Omar Abdul Aziz itu belum dapat ditandingi oleh mana-mana pentadbiran Islam dan bukan Islam hingga sekarang. Antara kejayaan pentadbiran itu ialah rahmat keberkatan dari Allah yang tinggi justeru keadilan dan kebajikan tinggi.
Adalah sukar bagi kita mencapai darjat kepimpinan Omar Abdul Aziz itu dan keampunan yang tinggi Allah beri kepadanya dan masyarakatnya, tetapi gaya dan kejayaannya itulah yang wajar dijadikan model dan tiruan oleh semua pemegang kerajaan, moga-moga dilimpahkan keredaan dan kemapunannya yang melimpah ruah.
Allah beri rahmat dulu rakyat bijih timah dan getah. Kini Allah beri pula rahmat petrol dan kelapa sawit. Suasana dunia yang gawat menyebabkan harga petrol naik melangit. Tiada apa ertinya bagi nikmat petrol kepada rakyat kalau harga runcit petrol sama saja dengan masyarakat yang tidak dianugerah petrol.
Rahmat itu Allah beri supaya ia dapat dinikmati oleh rakyat. Bila rahmat datang tetapi tidak dapat dinikmati, maka ia adalah tanda rakyat didera dan tidak mendapat nikmat kebajikan.
Rakyat mesti mendapat kebajikan dari rahmat petrol dan kenaikan petrol dalam pasaran dunia adalah rahmat kepada negara. Maka PAS yang mendukung cita-cita menyampaikan kebajikan, boleh memberi harga runcit yang murah kepada pengguna.
Petrol dan gas yang dihasilkan itu tidak habis untuk kegunaan domistik. Berlipat ganda lagi yang boleh dijual dalam pasaran dunia. Maka keuntungan dari eksport itu menampung keperluan negara apabila ditadbir secara berhemah.
Harga sawit juga tinggi. Kegunaan dalam negeri tidak habis. Boleh dieksport. Jika negara ditadbir atas kehendak kebajikan dan tentunya janji Allah bagi memberi keampunan, maka akan ada barakah bagaimana pengeluar sawit itu boleh berlipat ganda. Akan Allah subur dan lebatkan buahnya. Akan Allah beri petunjuk supaya ada teknik bagi menggandakan pegeluarannya.
Apabila rakyat menimkati runcit petrol yang murah, maka semua keperluan hidup akan murah, maka kebajika lain yang diterima rakyat ialah pendapatan masing-masing cukup dan berlebihan.
Negara bukan bergantung pada petrol dan sawit saja. Ia ada sumber-sumber lain. Maka dengan keberkatan atas semua sumber itu negara tidak akan bangkraf dengan menurunkan runcit minyak dan gas, boleh menampung keperluan pendidikan percuma dan rawatan kesihatan percuma. Kalau pun pecuma itu satu cita-cita yang ideal, tetapi setidak-tidaknya ia boleh menjadikan khidmat pendidikan dan rawatan kesihatan yang serendah mungkin.
Jika boleh tidak akan berlaku lagi kes ibu bapa merayu bantuan untuk merawat anak yang jantung berlubang atau penyakit pelik. Kes-kes seperti itu mampu ditampung oleh perkhidmatan kesihatan negara atau itulah masa menggunakan wang zakat yang sudah berkurang penerimanya.
Pendapatan individu yang berlebihan disebabkan oleh rincit petrol murah dan harga barang murah menyebabkan lebih yang membayar zakat. Pungutan zakat yang melimpah ruah itu sendiri yang perlu dihabiskan tahun itu juga boleh menampung keperluan pendidikan percuma dan khidmat kesihatan percuma.
Lain-lain rahmat kebajikan dan keampunan Allah, akan dapat melepaskan negara dari segala macam penyakit sosial. Khidmat membasmi rasuah nescaya jadi lebih berkesan. Jenayah boleh diminimakan. Jika ada rasuah dan jenayah berlaku dalam negara kebajikan, ia dijadikan Allah sebagai ingatan kepada keburukan jenayah dan menanam rasa gerun dan rasa benci rakyat kepada yang lupa akan keburukan jenayah.
Jika rasuah dan jenayah diletakkan dalam tahap yang rendah, banyak harta kerajaan dan inidividu dapat diselamatkan. Perbelanjaan atas polis dan pencegah rasuah boleh dikurang. Bilangan polis tidak perlu besar. Dengan rasuh yang mencefah sifat dan jenayah yang jarang-jarang, bilang polis yang diperlukan sekadar yang memadai kerana dalam hati setiap orang tertaram semangat dan tanggungjawab polis bagi memerangi jenayah.
Sebahgian dari belanja untuk perkhidmatan polis, anti penyeludupan dan anti rasuah boleh ditamnah kepada peruntukan pendidikan dan khidmatan kesihatan. Sebahagian dari tenaga dalam polis itu lebih diperlukan dalam perkhidmatan guru. Kita memerlu guru dan tenaga rawatan dan kesihatan yang lebih ramai bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang secukupnya dan kemudahan rawatan yang seluas-luasnya.
Negara berkebajikan tidak akan betemu lagi dengan kes membeli kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Sukhoi Rusia dengan komisyen setelah bilion. Jika komisyen itu tidak ada, negara akan selamat setengah bilion. Dan jika Persncis dan Rusia memperaturkan komisyen setengah bilion itu mesti ada, maka peraturan itu kena terima juga, bolehlah diperkenankan tetapi duit negara setengah bilion itu dipulangkan semua ke kantung kerajaan.
Setengah bilion ini boleh menyumbang kepada kebangrafan. Apabila akhlak cabul yang diamalkan itu dikumpulkan, maka amat besar khazanah negara ini dilesapkan. Inilah yang memblehkan negara ini tidak cukup harta untuk menampung pembangunan ekonomi.
Kalau negara belum bangkraf dengan amalan itu, ianilah yang menyhebabkan khidmat kesihatan yang dihadapi rakyat begitu tinggi, perbelanjaan atas pendidikan tinggi hingga ada yang tidak meneruskan pengajian disebabkan tidak cukup duit dan inilah yang menjadikan sara hidup rakyat tinggi kelangit.
Jika negara ini ditadbir mengikut kemahuan baldatun thayibatun wa rabbun ghafuur maka negara tidak bergantung banyak kepada pelaburan asing bagi membangunkan koridor WPI, koridor utara, timur, Sabah dan Sarawak.
Kalau Singapura yang kemerdekaannya dianugerah Malaysia dilihat sebagai penyumbang modal terbesar dalam korodor WPI, mengapa Malaysia yang lebih merdeka dan melancarkan rancangan pembangunan tidak boleh menyediakan modal sendiri untuk pembangunan itu? Semuanya ini pembangunannya betul-betul di bawah pengaruh kapitaisma yang menindas itu. Cukup selama lebih 50 tahun Malasia menjadi hamba kapitalisme dan rasuah, maka tiba masanya kita memulakan pembangunan berkebajikan yang mendapat keampunan Allah.

Tuesday, February 5, 2008

PEMERGIAN MUFTI ISHAK BAHAROM SATU KEHILANGAN

SEJURUS selepas pukul 3 petang 30 Januari, 2008 Mufti Dato Ishak Baharom dipanggil Tuhannya kepangkuanNya semasa berusia 82 tahun. Segera beritanya tersebar ke seluruh Negara.
Takziah buat keluarganya dan para pencinta setianya.
Sejak Asar, masjid di mukimnya di Taman Seri Andalas, Kelang dipenuhi pengunjung yang kasih dan menyanjungnya. Kawasan masjid seperti suasana kedatangan solat Jumaat.
Sekalian segera bergegas ke situ, kerana akhir-akhir ini umat Islam amat peka untuk menyegerakan penyempurnaan jenazah, apa lagi jenazah itu adalah alim terbilang diketahui tawadhuk dan zuhudnya.
Tetapi istana Selangor memerintahkan pengkebumiannya disempurnakan penuh istiadat negeri di Makam Diraja Shah Alam. Perintah Sultan adalah perintah tertinggi yang tidak boleh dibantah. Urusasn jenazahnya tidak dapat disegerakan, ditunda hingga esoknya. Pada syaraknya Raja tidak boleh dikenakan hukum hudud atas apa kesalahan jua.
Dalam perjalanan ke rumahnya saya menyebut kemungkinan Sultan campur tangan atas urusan pengkebumian Mufti yang terpecat tahun 1997 itu. Kawan sekereta berasa tidak. Tetapi katanya, kalau Harussani, Mufti Perak yang meninggal, Sultan Perak dan Raja Nazrin berupaya mengambil tindakan tertentu.
Sangkaan saya tepat. Sultan Selangor bertindak berana terhadap jenazah seorang ulama yang diketepikan negara yang Al-Marhum Sultan Selangor sebelum ini tidak dapat berbuat apa-apa bagi mempertahankan Mufti yang kontraknya ketika itu baru saja disambung.
Al-Marhum Dato Ishak Baharom dipecat kerana bertegas melaksanakan undang-undang syarak yang dilulus oleh kerajaan Barisan Negeri Selangor, mencegah gadis Islam menyertai ratu cantik dengan mendedahkan aurat.
Beliau mempertahankan tindakannya kerana percaya, orang-orang yang ada kuasa mesti mencegah perbuatan berdosa. Melarang tindakan demikian boleh menggugurkan aqidah.
Selepas dipecat kerajaan BN Selangor mengharamkannya berdakwah di masjid dan surau di negeri itu. Pengharaman itu dihormati oleh negeri-negeri yang diperintah BN. Tiada yang sedar larangan itu ditarik balik tahun 1999 kerana beliau tidak lagi berceramah di masjid dan surau di Selangor.
Anak kelahiran Kanchong Darat, Banting ini mendapat didikan agama dari Madrasah Al-Masriyah Bukit Mertajam di bawah pimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan, pengasas PAS. Kemudian ke Darul Ulum India.
Hubungannya dengan Haji Ahmad Fuad amat rapat hingga beliau dikahwinkan keluarga Haji Ahmad Fuad dari Manung, Perak. Anak laki-lakinya dinamakan Ahmad Fuad. Beliau mewarisi banyak dari kitab Haji Ahmad Fuad.
Selepas tidak lagi terikat dengan kerajaan, maka Al-Marhum bebas bergerak dalam PAS. Pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama, satu badan tertinggi dalam PAS. Dan semasa meninggal adalah ahli Dewan Ulama PAS Pusat.
Beliau mula dilantik menjadi Mufti bulan Ogos, 1985 adalah mufti yang paling berbengaruh dan sangat dihormati oleh semua pihak khususnya rakyat jelata.
Sekalian Raja-Raja, pembesar-pembesar negara dan pegawai tinggi kerajaan juga menghormatinya bukan saja kerana ilmu yang tinggi tetapi juga sikap dan pendapatnya yang tegas.
Bukan mudah bagi seorang Mufti untuk mendapat penghormatan yang demikian, kerana pandangan umum merasakan mufti adalah terikat dengan pengaruh Sultan dan dalam zaman merdeka Perdana Menteri dan Menteri Besar menjadi penasihat utama para Sultan, maka mufti dirasakan lebih kurang sama dengan lain-lain pegawai kerajaan.
Walaupun Dato Ishak terikat dengan peraturan bekerja, tetapi dalam perkara agama Islam beliaulah orang yang paling berotoriti dalam negeri. Maka beliau tidak menyorokkan apa yang dirasakannya benar mengikut Islam.
Justeru itu kerana enakman syariah negeri Selangor memberi kuasa kepadanya untuk menguatkuasakan untuk mencegah maksiat, maka dengan menggunakan peruntukan itu beliau bertindak apa yang sepatutnya terhadap peserta pertandingan cantik yang disertai oleh orang Islam.
Tindakannya tidak disenangi oleh orang-orang yang suka berseronok-seronok. Kerajaan yang ada pun takut dengan tindakan itu kerana ia boleh menghilangkan sokongan orang bukan Melayu kepada kerajaan.
Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir memang tidak berapa suka dengan setengah pencegahan maksiat lalu memerintahkan kerajaan Selangor tidak meneruskan tindakan yang disokong oleh Mufti itu. Dato Ishak bertegas mempertahankan tindakan itu.
Tetapi yang berkuasa adalah Menteri Besar dan kerajaan, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh Mufti apabila berdepan dengan Perdana Menteri dan UMNO.
Ternyata Dr. Mahathir dan Dato Ishak Baharom tidak dapat disesuaikan lagi, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh kerajaan negeri dan menteri besar melainkan menjaga hati Perdana Menteri. Kuasa Sultan pun tidak berupaya mempertahan Muftinya, maka tiada jalan lain selain dari menamatkan perkhidmatannya.
Ulama terpaksa menyatakan kedudukan hukum. Rakyat mahukan penjelasan kerana media tidak boleh menyiarkan sebarang penjalasan yang bertentangan dengan perasaan Perdana Menteri.
Maka orang minta penjelasan Mufti. Beliau diundang ke banyak masjid dan surau. Perkara itu terangkannya.
UMNO tidak mahu apa-apa yang menyentuh Perdana Menteri disebutkan dalam premis yang dimiliki kerajaan. Maka dilarang masjid menjemputnya.
Tetapi dunia ini terbuka kepadanya. Al-Marhum menerima semua undangan untuk berceramah di seluruh negara. Allah mentakdirkan tahun-tahun akhir dalam riwayatnya adalah bersama jihadnya dalam PAS. Payah cari Mufti sepertinya.

Tuesday, January 29, 2008

DOLAH BERI SAMY THAIPUSAM

DI TENGAH haba tunjuk perasaan Hindraf 25 November 07 masih terasa dan di tengah Datuk Seri Samy Vellu disorak oleh masyarakat Tamil kerana mereke kecewa dengannya, maka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi setuju dengan tuntutan masyarakat Hindu menjadikan Hari Thaipusam sebagai hari cuti umum di ibu kota Kuala Lumpur dan Putra Jaya.
Selangor memang sudah lama cuti umum.
Ia satu perkembangan yang menarik dan berani dari Perdana Menteri Abdullah Badawi, kerana empat Perdana Menteri sebelum sejak 50 tahun tidak menjadikannya cuti umum, tetapi menyetujui apa yang tidak pernah dipersetujui apa yang pemimpin lain sebelumnya tidak memperkenankannya.
Mengapa Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir tidak pernah memperkenankannya tidak diketahui. Mereka diketahui sebagai orang yang toleran. Terutama Tunku. Banyak tuntutan orang bukan Melayu diperkenannya hingga ada yang menganggapnya menjual bangsa.
Takutnyua Tunku kepada ancaman perkauman hingga beliau sanggup memerdekakan Singapura dari Malaysia.
Thaipusam telah disambut di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka dan memang ia antara perayaan yang menarik. Penjajah British tidak menjadi cuti umum pada hari itu pada hal sambutan di kuil jalan ke Kebun Bunga, Pulau Pinang sudah menarik perhatian pelancong. Masa itu pelancongan tidak dipromosikan.
Dan apabila Tunku menjadi Perdana Menteri, seorang yang dikenali sebagai orang paling disayangi oleh semua orang bukan Melayu tidak pernah memikirkan untuk menjadikan hari cuti umum.
Adakah ia tidak dituntut oleh masyarakat Hindu? Apakah masyarakat Hindu ketika itu kurang semangat agamanya dan tidak menjadikan perkara itu satu tuntutan yang mendesak? Apakah semangat Hindu Hadhari belum pernah difikirkan seperti sekarang?
Pernah Tun Razak sebelum menjadi Perdana Menteri dirasakan oleh masyarakat bukan Melayu dan orang luar sebagai nasionalis Melayu tulen dan toleransi terhadab bukan Melayu tidak seterbuka Tunku. Itu sekadar sangka orang.
Tetapi Tun Razak membuat apa saja bagi mengelakkannya disangka tidak toleran apabila menjadi Perdana Menteri. Bagi menarik hati masyarakat bukan Melayu, Tun Razak menjalin hubungan diplomasi dengan Tanah Besar China pada ketika tiada negara ASEAN asal yang berani berbuat demikian. Takutkan China komunis pada masa itu adalah sikap semua negara non-komunis Asia Tenggara.
Tun Razak memecah kebekuan itu dengan melawan China dan sepulangnya dari Beijing, dia mengisytiharkan cuti umum sehari di seluruh negara. Demikian politik supaya dikatakan toleran oleh Tun Razak. Tetapi dia tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menjadikan cuti umum bagi Thaipusam.
Punya nak menjaga hati orang bukan Melayu Dr. Mahathir hampir menjadikan semua sekolah kebangsaan sebagai sekolah Inggeris. Dikatakannya tidak mahir bahasa Inggeris menjadikan rakyat mundur, suatu pandangan yang tidak disetujui oleh para pendidik dan budayawan Melayu. Kerana pandangannya disenangi oleh orang Melayu, maka diIngggeriskan pengajaran sains dan matemaik saja.
Politiknya adalah sekadar untuk memenangi hati orang bukan Melayu. Tetapi dia tidak pernah menimbangkan tuntutan MIC dan Samy Vellu yang mendesak supaya hari Thaipusam dijadikan cuti umum.
Semasa pentadbiran Dr. Mahathirlah MIC dan badan-badan NGO menuntut hak kebudayaan masyarakat India diberi layanan yang lebih baik termasuklah menjadi Thaipusam hari cuti umum. Ada tindakan diambil bagi meningkatkan kebudayaan dan kehidupan masyarakat India, tetapi tetap Thaiousam tidak dijadikan cuti umum.
Sekalipun permintaan itu tidak pernah dilayan, tetapi tiada siapa boleh mengatakan keempat-empat Perdana Menteri sebelum sebagai pemimpin yang tidak toleran atau orang yang tidak mengambil berat tentang hak-hak agama lain.
Walaupun Tunku tidak menjadikan cuti umum pada hari Thaipusam, Tunku tetap dikira sebagai orang yang paling disenangi oleh semua bukan Melayu dan orang yang membela nasib semua kaum. Tidak dikata dia caubenis kerana tidak menjadikan cuti umum pada hari Thaipusam.
Tiada sesiapa mengatakan Tun Razak, Tun Hussein dan dr. Mahathir sebabgai orang yang mementingkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu saja walau pada zaman mereka tiada cuti umum bagi Thaipusam.
Tetapi ketegangan kaum dirasakan ketara sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Malaysia dirasakan tidak melakukan secukupnya untuk melayan kepentingan kaum bukan Melayu termasuklah kaum India.
Ia dikira tidak toleran malah ada yang merasakan kaum India itu dianak tirikan. Bukan saja dikatakan kaum itu dibiarkan menjadi golongan miskin, dan hak keagamaan mereka diabaikan.
Justeru itu Perdana Menteri Abdullah Badawi telah diberi memorendam oleh sepuluh menteri bukan Melayu dalam kabinetnya. Tidak pernah menteri-menteri bukan Melayu tergamak mengantar memorendum kepada Perdana Menteri sebelum beliau dan malah siapa dari mereka berani mempersoal wibawa masing-masing sebagai Perdana Menteri, tetapi amat malang bagi Perdana Menteri, pernah Ong Ka Ting, Samy Vellu, Kim Yaik dan lain menghempas memeorendam ke mejanya
Sesudah memorendam itu dibacanya, mereka tarik balik memorendam itu.
Untuk menjadi Perdana Menteri yang toleran dan bagi mengekalkan harmoni kaum dan memupuk perpaduan dan persaudaraan, diistiharkan cuti umum bagi Thaipusam bermula di Wilayah Persekutuan.
Jadilah Datuk Seri Abdullah Badawi PM paling toleran, mengalahkan Tunku dan lain-lain. Adakah ia menjamin harmoni atau menambah menajam perasaan dalaman? Moga-moga ia terus menyemarak harmoni negara.

Sunday, January 27, 2008

SUHARTO BERJASA BESAR PADA MALAYSA

KETIKA rencana ini ditulis bekas Presiden Suharto belum lagi meninggal dunia tetapi keadaannya dalam nazak yang amat tenat. Berita liang pusaranya di makam keluarganya sudah digali. Ketika rencana ini tersiar mungkin dia sudah berakhir.

Setiap kali berita mengenainya termasuk tantang keuzurannya, CNN dan BBC membangsakannya sebagai seorang diktator Indonesia.

Presiden Indonesia yang kedua yang menggulingkan Presiden Sukarno dan yang memerintah Indonesia selama 32 tahun sebenarnya adalah seorang yang sangat disukai oleh Amerika, tetapi setelah dia menutup ruang bagi penggiliran pada orang Kristian untuk menjadi Presiden pula, maka dia tidak menarik selera dunia barat lagi.

Sebahagian warga Indonesia tidak dapat memaafkannya hatta di saat nazaknya Indonesia yang sangat demokrasi itu berdepan dengan tunjuk perasaan kerana tidak menyegerakan tindakan mengadili dulu.

Apa pun tindakannya terhadap bangsa Indonesia selama pemerintahannya dan apa pun yang dirasakan oleh setengah rakyatnya terhadapnya adalah masalahnya dengan rakyatnya. Hak rakyat Indonesia untuk menentukannya.

Tetapi Suharto adalah seorang yang penting dan sangat berjasa kepada Malaysia.

Indonesia memberikan sokongan besar menggalak dan menyokong kemerdekaan Tanah Melayu. Kemerdekaan Tanah Melayu itu ikut ditirupkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Indinesia sejak ia menuntut kemerdekaannya. Tetapi hubungan diplomatik antara Indonesia dan Tanah Melayu tidak sepanas yang diharapkan.

Presiden Sukarno yang suka keluar negeri tidak pernah menjijakkan kakinya ke Tanah Melayu sejak ia merdeka. Dan Tanah Melayu bertukar menjadi musuh Indonesia apabila timbul cadangan Tunku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri Tanah Melayu untuk membentuk Malaysa bagi mencantumkan Sabah, Sarawak, Brunai, Singapura dan Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka.

Sukarno menentang percantuman itu, dan kerana Tanah Melayu hendak meneruskan juga rancangannya, maka Indonesia melancarkan dasar konfrantasi terhadap Malaysia dan apabila Malaysia dibentuk juga pada 16 September, 1963, maka Sukarno melancarkan apa yang dipanggil ganyang Malaysia.

Konfrantasi adalah dasar pemusuhan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia dan ganyang pula adalah dasar peperangan bagi menghancurkan Malaysia.

Walaupun ada orang di Indonesia yang tidak suka dengan dasar konfrantasi dan ganyang itu, tetapi ia sudah jadi dasar nasional Indonesia, maka tiada nampak yang terkcuali dalam memenci Malaysia. Samalah seperti adanya orang Tanah Melayu yang tidak suka dengan projek Malaysia itu tidak nampak yang terkecuali membenci Sukarno dan Indonesia ketika itu.

Sukarno adalah wira orang Melayu sejak dia menjadi Presiden Indonesia dan gambarnya tersangkut dalam semua rumah orang Tanah Melayu. Tetapi sejak berlaku konfrantasi, semua orang Melayu menurunkan gambar Sukarno dari rumah masing-masing.

Warga Indonesia di Tanah Melayu masa itu takut untuk mengaku Indonesia dan menyorokkan orang Indonesia di rumah masing-masing cukup sulit, sama sulitnya dengan orang Pakistan yang menyorokkan Taliban dan menyimpan gambar Ben Laden sekarang.

Malaysia bukan saja diancam Indonesia, Filipina di bawah Presiden Macapagal (ayah Arroyo) dan Pakistan yang menteri luar adalah Zulfiqar Ali Bhutto (ayah Benazir) tidak mengiktiraf pembentukan Malaysia, malah kebanyakan negara dunia ketiga tidak tertarik dengan Malaysia.

Sidang kemuncak Afro-Asia kedua dalam tahun 1965 yang dijadualkan di Aljeria, Malaysia bukan saja tidak dijemput malah dihalang menyertainya.Tetapi sidang itu dibatalkan di saat terakhir sedang sidang peringkat pegawai sudah pun berjalan. Ia dibatalkan kerana berlaku rampasan kuasa terhadap Presiden Ahmed Ben Bella, Presiden Aljeria pada masa itu.

Malaysia dan rakyatnya adalah diancam dan diambang perang ketika itu. Tentera Inonesia sudah pun menyusup dan didaratkan di daerah Labis dan Segamat di Johor. Yang menyurup itu semua dapat dikepung dan ditangkap.

Mereka belum datang ramai. Jeneral Suharto diberi perintah melaksanakan dasar ganyang Malaysia. Tetapi dia tidak terburu-buru mejalan perintah itu. Tentera yang menyusup di Labis terbukti tidak disambut oleh masyarakat tempatan.

Kiranya Jeneral Suharto pasukan ganyangnya, bukan saja ia menjadikan peperangan terbuka, tenteranya yang dikirim itu nescaya tidak akan pulang. Armada British yang berlabuh di Laut China Selatan yang lengkap dengan senjata nuklear akan menyerng Jakarta dan semua kawasan strategi di Indoneia.

Perang besar tidak tercetus kerana Jeneral Suharto tidak menggerakkan tenteranya.

Kemudian berlaku GESTAPU – Gerakan 30 September 1965. Gestapu menghorbankan tujuh panglima tentera. Jeneral Haris Nasution, Menteri Pertahanan Indonesia terlepas dan Jeneral Suharto tidak termasuk dalam korban. Ia satu rampas kuasa komunis.

Esoknya Jeneral Suharto mematahkan Gestapu pimpinang Kolonel Untung dan Suharto muncul sebagai orang kuat tentera yang baru. Presiden Sukarno diselamatkan dari kumpulan Gestapu atau G30S. Gerakan dipercayai dipatahkan kerana Jeneral Harris Nasution terselamat. Dia memerintahkan Suharto bertindan balas.

Presiden Sukarno tidak mengira Gestapu menderhakainya. Padanya Gestapu adalah untuk menyelamatkannya dari pakatan Majlis Jeneral yang terdiri dari panglima yang dibunuh oleh Gestapu. Nasution adalah pimpinan Majlis Jeneral itu.

Sukarno menggugurkan Nasution dari kedudukannya dan menyerahkan kuasa untuk menjaga keselamatan Presiden kepada Suharto dan ini menjadikan Suharto orang yang lebih berkuasa dari Sukarno dan sekali gus permulaan kepada hilangnya kuasa Sukarno.

Rakyat Indonesia yang terbelenggu dengan pengaruh komunis yang mengelilingi Sukarno bangun melancarkan tindakan antikomunis menbelih sekitar setengah juta orang yang dipercayai anasir komunis.

Suharto memberi laluan kepada menteri luarnya Adam Malik membuat kerja diplomatik membaiki hubungan dengan Malaysia. Dia mengirim kunjungan pimpinan tentera sehari ke Malaysia dalam usaha memadamkan haba konfrantasi.

Membicarakan menteri yang memberi laluan kepada pengaruh komunis seperti Dr. Subandrio dan Jeneral Omar Dani dan lain-lain dibincarakan.

Dalam masa Sukarno masih menjadi Presiden yang tidak berkuasa, Suharto bersetuju dengan pertemuan Adam Malik dan Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri menanda tangani perjanjian damai di Bangkok yang menamatkan sejarah konfrantasi terhadap Malaysia.

Ia diikuti oleh kunjungan mengejut sehari Tun Razak ke Jakarta dan sempat menemui Sukarno. Esoknya Adam Malik pula datang ke Kuala Lumpur bertemu buat pertama kali dengan Tunku sebelum solat Jumaat di Masjid Negara.

Adapun Sukarno yang dalam kemuncak kekuasaannya tiba-tiba berhadapan dengan tunjuk perasaan besar-besaran beberapa hari. Orang tidak bergerak dari tempat tunjuk perasaan menjadikan kota raya itu kaku. Ia adalah ditujukan kepada Sukarno yang dikira ketua order lama. Tiada cara Sukarno dalam diselamatkan, melain dengan menyerahkan kuasa kepada Suharto untuk menjadi keselamatan Presiden.

Dengan kuasa itu Sukarno hilang kuasa dan Suharto mengukuhkan kuasanya. Hingga tiba suatu ketika Sukarno dilucutkan sebagai Presiden Indonesia dan digantikan oleh Jeneral Suharto.

Di bawah Suharto Indonesia menjadi sebuah negara antikomunis sama dengan yang dimahukan oleh Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia yang dimerdekakannya dari British.

Suharto dalam waktu yang singkat menjadikan Indonesia jiran Malaysia yang paling akrab. Setiap enam bulan Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Suharto. Sekali di Malaysia dan sekali lagi di Indonesia di kota-kota yang berlainan.

Pertemu itu ke peringat awal pentadbiran Dr. Mahathir.

Suharto bukan sekadar memberi laluan kepada hubungan yang akrab dengan Malaysia tetapi memberi laluan juga kepada Indonesia menjalin hubungan seranau dengan negara-negara Asia Tengganu.

Sebelumnya Tunku membentuk pakaian ekonomi serantau Asia Tenggara yang hanyak disertai oleh Thailand, Filipina dan Tanah Melayu yang dikenali dengan ASA. Tetapi setelah konfantasi tamat dan Sinpugara terpisahlah pula dari Malaysia tahun 1965, Indonesia bersetuju menyertai pakaian serantau yang asasnya ada ASA. Ia dibesarkan menjadi ASEAN dengan menambah Indonesia dan Singapura sebagai anggota baru.

Dari ASEAN lima itulah kemudiannya menjadi ASEAN sepuluh apabila disertai oleh Brunei Darussalam, Laos, Kampuchea, Vietnam dan Myanmar.

Bagi Malaysia peranan yang dimainkan oleh Suharto itu sangat besar ertinya bagi Malaysia kerana ia dapat menjadi regu penting Malaysia dalam mengukuhkan kestabilan Asia Tenggara yang Malaysia turun mendapat manfaat.

Dia mungkin ada cacatnya pada bangsa Indonesia, tetapi sumbangan positifnya kepada Malaysia amat besar.

Apa pun dia dihormati oleh Lee Kuan Yew. Ketika usaha menamatkan konfrantasni terdapat dua perisik Indonesia ditrangkap di Singapura. Suharto minta keduanya diampunkan. Tetapi Lee tegas mengenakan hukuma mati. Ketika Lee hendak mengunjungi Jakarta, Suharto mensyarat Lee tafakur di pusara dua persik itu. Lee membatalkan kunjungan. Akhir Lee ke Jakarta juga dan terpaksa tafakur di pusara perisik yang dihukum mati di Singapura itu. Selepas Suharto hilang kuasa, bila Lee ke Jakarta, dia tepat singgah menemui Suharto.

JENAYAH SUDAH AMAT MENAKUTKAN

AKHIR-akhir ini saja tanah air dikejutkan dengan kejadian yang amat menakutkan yang mengancam dan mengganggu ketenteraman orang ramai.

Mulanya gempar kita digemparkan dengan kes pengakuan zina menteri kesihatan Chua Soi Lek. Lepas itu berlaku pula pembunuhan dalam lif ke atas Dato Krishnasamy, ADUN Tenggaroh, Johor dan anggota Majlis Tertinggi MIC.

Kemudian berlaku lagi kejadian melarikan kanak-kanak perempuan dari Jalan Kelang Lama, Selangor. Pada ketika rencana ini ditulis sudah 10 hari berlaku, tiada lagi dikesan, dan pencariannya dibuat hingga ke seluruh negara.

Ia sekadar menyebutkan sedikit dari teruknya penyakit sosial yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia yang berada di ambang pilihan raya umum ke 12 bagi memilih kerajaan baru atau mnyambung semula kerajaan yang mampu membendung jenayah itu.

Skandal zina Soi Lek tidak diterima kanun kesiksaan sebagai jenayah berat. Ia hanya diterima sebagai satu dosa besar syariat Nabi Musa a.s., Nabi Isa Al-Masih a.s. dan Nabi Muhammad SAW. Kejahataan itu sama besarnya dengan jenayah membunuh, mencuri dan menyamun, berjudi dan berlanggan arak. Taurat, Injil dan al-Quran meletakkan di bawah jenayah hudud.

Pentadbiran sekular dan Islam Hadhari mengiranya kecurangan pribadi.

Tetapi ia mencemaskan sekalian ibu bapa, suami dan tok nenek akan kebersihkan anak-anak perempuan mereka, isteri mereka dan anak cucu mereka yang bebas keluar rumah untuk bersekolah atau bekerja kerana mereka mudah diperangkap dalam maksiat zina yang payah dihukum justeru itu bersifat suka sama suka dan kategorikan penyakit akhlak dan pribadi.

Zina itu hanya dikira jenayah apabila dibangsakan kepada rogol dan gangguan seksuil.

Ia amat mengganggu orang-orang berakhlak dalam dunia yang tidak boleh menyekat kanak-kanak dan wanita keluar rumah.

Pembunuhan Krishnasamy pula, seorang pemimin masyarakat berlaku siang hari, di tempat dan bangunan yang terdedah kepada laluan orang ramai, yang semua merasakan ia adalah tempat selamat.

Sebagai wakil rakyat Krishnasamy tidak merasa perlu diiring pengawal untuk naik ke pejabat partinya, tetapi maut menunggunya di situ, di tempat orang ramai turun naik.

Ia satu dari banyak kejadian bunuh yang berlaku kalau pun tidak setiap jam dan setiap hari, tetapi secara rambang adalah kejadian setiap minggu.

Wan Zaliha Radzi, bekas pengacara TV tidak dibunuh, tetapi tidak selamat lagi memandu sendirian tengah malam. Dia disekat tengah jalan, dipaksa masuk ke kenderaan lain, diambil apa yang ada padanya dan ditinggal di tengah jalan bersedirian tengah malam buta itu.

Keselesaan dan keselamatan bagi orang-orang baik sudah tidak terjamin.

Yang menjadi isu besar sekarang, berlaku lagi kejadian melarikan kanak-kanak perempuan termasuk yang baru bersekolah dan belum bersekolah. Ke pasar malam yang dekat dengan rumah atau ke padang permainan yang dekat dengan rumah tidak lagi tempat yang selamat.

Pasar malam dan taman permainan kanak-kanak yang dekat dengan rumah ada kemudahan orang ramai. Orang ramai itulah yang memakmurkan pasar malam dan padang permianan itu. Kalau taman permainan itu sudah tidak selamat lagi buat apa ia diadakan?

Bagi ibu bapa sekarang tempat seperti itu tidak lagi menjadi kemudahan yang menyeronokkan. Anak mudah dilarang pergi ke padang yang jauh. Tetapi bukan mudah menyekat anak di rumah sedang padang permainan hanya serantai atau dua rantai dari rumah.

Ibu bapa yang banyak kerja bukan ada masa sangat untuk membawa anak bermain di situ. Budak-budak boleh membuka pintu sendiri. Mereka keluar sendiri. Kalau tidak ke situ, kadang-kadang kanak-kanak kena keluar rumah untuk mengaji petang di tempat berdekatan. Sekarang tiada jaminan. Hendak ke situ pun terpaksa dihantar dan kemudian kena ambil balik.

Kaak-kanak yang dilarikan itu payah ditemui selamat. Hanya Yin, budak dari Perak yang hilang di Sogo Kuala Lumpur dihantar balik dengan selamat.

Bukan di tanah air kita saja anak gadis sunti hilang. Beberapa bulan itu kanak-kanak Inggeris yang bercuti ke Sepanyol bersama ibu bapanya hilang. Mereka bertemu Pope di Rom minta dia merayu supaya dipulangkan kanak-kanak itu. Akhirnya mereka balik ke England tanpa seorang anak.

Banyak lagi jenayah berbagai-bagai bidang berleluasa di tanah air yang sudah 50 tahun merdeka ini. Bermacam-macam yang sudah dibuat. Anggota polis ditambah. Rukun Tetangg ditubuh di setiap lokaliti. Anjing polis pun ditambah dan macam-macam lagi.

Kita awasi penganggur dan pendatang yang banyak. Tetapi yang tertuduh dalam kes pembunuhan wanta Mongolia, Altantuya ialah orang yang rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan dua orang anggota polis.

Malaysialah yang mula mengenakan hukum mati kepada pengedar dadah. Tetapi sudah ramai orang Malaysia yang ditangkap di luar negeri kerana membawa dadah. Hukum membawa dadah di Malaysia cukup keras. Mati mandatori. Tetapi mangsa dadah bertambah mengikut saat dan minit.

Berbuih-buih mulut Perdana Menteri hendak memerangi rasuah. Kata Soi Leh yang meletak jawatan dari menteri, dia tahu banyaknya pengamal rasuah di negara ini. Sekadar mulut berbuih tidak akan membasmi rasuah, tetapi bertindak dengan tidak teragak-agak akan ada kesannya.

Apa lagi yang hendak dibuat? Siapa hendak disalahkan? Lazimnya orang menyalahkan kerajaan. Tetapi pihak yang menyalahkan kerajaan itu disalahkan pula oleh orang lain. Apa yang mereka buat selain dari menyalahkan kerajaan saja?

Apa yang mereka boleh buat? Mereka boleh menahan diri dari mencuri dan merompak. Tetapi orang lain mencuri dan merompak juga. Mereka boleh tangkap penyeludup. Tetapi mereka tidak boleh hukum penyeludup. Kena serah pada polis. Kena macam polis dalam filem Hindustan, tiada polis yang boleh dipercayai.

Tetapi kerajaanlah yang bertanggungjawab atas kepincangan sosial itu. Ketika Rasulullah SAW lahir, Arab dalam jahiliyah. Jenayahnya lebih teruk dibandingkan dengan Malaysia sekarang. Mereka bunuh hidup-hidup setiap bayi perempuan.

Baginda bawa ajaran Allah yang dipancarkan dari al-Quran yang lengkap dengan undang-undang jenayahnya termasuk hudud. Baginda bentuk masyarakat beriman. Akhirnya baginda bentuk pemerintahan Islam di tengah masyarakat majmuk di Madinah – Islam, Yahudi dan jahiliyah. Baginda Islamkan Mekah dan seluruh tanah Arab melaksanakan syariyah.

Bukan sekadar jenayah dan jahiliyah hapus, bangsa Arab yang bengis itu jadi umat yang bertamadun.

Semua Arab sebelumnya adalah jahiliyah dan penjenayah. Bukan semuanya dikenakan hukum. Beberapa orang saja yang disabit dan dihukum. Tetapi ruh pelaksanaan syariah itu menanamkan kegerunan di hati setiap orang terhadap jenayah. Gerun itu yang menghentikan mereka melakukan jenayah.

Rom dan Parsi mengenakan berbagai-bagai-bagai pencegahan jenayah, tetapi jenayah berlesuasa. Penanayah takut semasa ada polis. Tetapi kesalayan yang tidak diketahui polis terlepas dari hukum.

Pelaksanaan jenayah syariyah membawa barakah, Allah tanamkan rasa takut semua orang terhadap jenayah. Mereka pun tidak suka dan benci kepada kejahatan sama ada polis ada atau tidak ada.

Tetapi tanpa peraturan syariyah, polis pun kadang-kadang menjadi penjenayah dan bersubahat dengan penjenayah. Hikmat syariat ini terkandung dalam al-Quran dan pesan sunah Rasulullah SAW.Apabila kerajaan Malaysia dinasihatkan supaya menerima pakai undang-undng itu, ia menolak kerana akan huruhara konon. Apabila ingantan itu diketepikan Malaysia menerima kesan teruk. Jenayah bermaharaja lela. Islam Hadhari dan kehidupan sekular tidak mampu menyekat jenayah.